Loading...
Judul : Universiti Penyelidikan Malaysia Jana Pulangan Pelaburan RM7.17 Bilion
link : Universiti Penyelidikan Malaysia Jana Pulangan Pelaburan RM7.17 Bilion
Universiti Penyelidikan Malaysia Jana Pulangan Pelaburan RM7.17 Bilion
KUALA LUMPUR: Pelaburan kerajaan sebanyak RM5.58 billion sejak 2007 hingga 2015 dalam lima universiti penyelidikan di negara ini telah menjana pulangan RM7.17 bilion, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.
Beliau berkata ia merupakan pulangan pelaburan penyelidikan yang dihasilkan daripada pelbagai aspek dan bidang termasuk penerbitan buku, penyediaan latihan, dan perkhidmatan pakar runding.
"Kejayaan ini sekali gus membuka mata universiti-universiti terkemuka dunia untuk bekerjasama dengan universiti tempatan dalam pelbagai bidang penyelidikan.
"Pencapaian itu juga membolehkan kajian dan penyelidikan universiti-universiti tempatan dijadikan sumber rujukan oleh universiti luar," katanya ketika ditemui sebelum program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel Selasa malam.
Lima universiti berstatus universiti penyelidikan di Malaysia ialah Universiti Malaya (UM) , Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Idris berkata selain meningkatkan reputasi pendidikan tinggi negara di peringkat antarabangsa, ia juga mampu menarik kemasukan pensyarah dan pelajar asing untuk bekerja dan belajar di universiti tempatan.
Katanya universiti penyelidikan tersebut mempunyai fokus penyelidikan translasional tersendiri yang mampu menjadi penyelesaian kepada isu nasional dan antarabangsa.
"Sebagai contoh, Universiti Malaya melakukan penyelidikan prostetik bionik yang memberi sumbangan dalam bidang kesihatan, Universiti Sains Malaysia dalam bidang arkeologi dan Universiti Putra Malaysia melalui penghasilan padi U-Putra yang berupaya meningkatkan hasil padi kepada 30 peratus dalam bidang pertanian,"jelasnya.
Idris berkata KPT berharap agar universiti penyelidikan Malaysia dapat meneruskan usaha pembudayaan penghasilan penyelidikan berimpak tinggi dan meningkatkan kerjasama bersama industri bagi mencapai sasaran yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025.
Menurutnya kementerian mahu meningkatkan usaha-usaha dalam bidang pengajaran dan pembelajaran selain memastikan penyelidikan memberi sumbangan dan manfaat kepada masyarakat. - BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tGoIeM
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Universiti Penyelidikan Malaysia Jana Pulangan Pelaburan RM7.17 Bilion
Sekianlah artikel Universiti Penyelidikan Malaysia Jana Pulangan Pelaburan RM7.17 Bilion kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Universiti Penyelidikan Malaysia Jana Pulangan Pelaburan RM7.17 Bilion dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/universiti-penyelidikan-malaysia-jana.html
0 Response to "Universiti Penyelidikan Malaysia Jana Pulangan Pelaburan RM7.17 Bilion"
Catat Ulasan