Judul : Video hukuman brutal bapa lemaskan anak sebagai pengajaran
link : Video hukuman brutal bapa lemaskan anak sebagai pengajaran
Video hukuman brutal bapa lemaskan anak sebagai pengajaran
SETIAP ibu bapa pasti mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak-anak.
Namun demikian tidak semuanya tahu bagaimana cara yang betul dan paling berkesan kerana setiap anak-anak itu mempunyai fi’il masing-masing.
Seperti yang dilakukan seorang bapa di negera tembok besar ini yang memilih menghukum anaknya dengan cara kekerasan.
Padahal cara tersebut belum tentu efektif dan mungkin hanya memicu trauma si anak.
Lapor portal Shanghaiist, seorang bapa di Yueyang, wilayah Hunan tergamak menghukum anak lelakinya dengan cara melemaskan sebagai pengajaran kepada anaknya yang berkelakuan buruk.
Dalam rakaman, remaja berusia 13 tahun itu diikat pada tangga dengan wajahnya menghadap permukaan air tasik sementara bapanya berulang kali menenggelamkannya menyebabkan remaja terbabit tercungap-cungap sambil berkata;
“Saya akan berubah! Saya akan berubah!” rayunya.
“Jadi, berubahlah!” tegas bapanya sebelum menenggelamkan anaknya itu ke dalam air semula.
Bapa remaja terbabit dikatakan sudah penat dengan perangai anaknya yang teruk dan mahu mengajar anaknya itu dengan hukuman yang dia takkan lupakan.
Rata-rata netizen menganggap cara lelaki China itu mengajar anaknya itu agak keterlaluan, namun tidak kurang juga memuji ketegasannya.
Maklumlah kanak-kanak atau remaja zaman ini terlalu dimanjakan sehingga ada yang berani memijak kepala ibu bapa mereka sendiri.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Sumber Video hukuman brutal bapa lemaskan anak sebagai pengajaran
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tJidZb
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Video hukuman brutal bapa lemaskan anak sebagai pengajaran
Anda sekarang membaca artikel Video hukuman brutal bapa lemaskan anak sebagai pengajaran dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/video-hukuman-brutal-bapa-lemaskan-anak_4.html
0 Response to "Video hukuman brutal bapa lemaskan anak sebagai pengajaran"
Catat Ulasan