Loading...
Judul : Ziyad catat rekod dunia lontar peluru
link : Ziyad catat rekod dunia lontar peluru
Ziyad catat rekod dunia lontar peluru
KUALA LUMPUR: Atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli, terus melakar sejarah apabila meraih pingat emas dan mencatat rekod dunia baharu acara lontar peluru lelaki F20 Kejohanan Olaharaga Para Dunia di London, hari ini.
Lontaran pertama Ziyad pada jarak 17.29 meter mengetepikan saingan Stalin David Mosquera dari Ecuador yang meraih perak menerusi lontaran 16.72m manakala Todd Hodgetts dari Australia meraih gangsa dengan lontaran 15.96m.
Catatan itu turut menyaksikan Ziyad memperbaharui rekod dunia miliknya menerusi lontaran 16.84m yang dilakukan pada Sukan Paralimpik di Rio de Janeiro, Brazil, tahun lalu.
Sementara itu, BERNAMA melaporkan, Ziyad amat berbangga dengan kejayaannya itu. "Saya datang ke sini (London) untuk membawa pulang sesuatu kepada negara saya.
Ini adalah rekod dunia kedua saya dan saya sangat bangga.
"Saya berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk pencapaian ini. Saya bangun pagi ini (Sabtu) dan berfikir mungkin saya dapat memecahkan rekod dunia.
"Saya selalu impikan untuk melakukannya dan malam ini saya berjaya.
Rekod dunia, juara Paralimpik dan kini juara dunia - ia sangat bagus.
"Saya benar-benar tertekan apabila melihat jarak lontaran yang dibuat atlet Australia tetapi saya tahu ia tidak begitu jauh.
Saya tahu ia salah.Saya sangat beremosi tetapi jurulatih menenangkan saya. Ini mengganggu saya tetapi sekarang saya sangat gembira memenangi acara ini," katanya dipetik dalam laman web rasmi Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC).-BHOnline
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t394aV
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Ziyad catat rekod dunia lontar peluru
Sekianlah artikel Ziyad catat rekod dunia lontar peluru kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ziyad catat rekod dunia lontar peluru dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/ziyad-catat-rekod-dunia-lontar-peluru.html
0 Response to "Ziyad catat rekod dunia lontar peluru"
Catat Ulasan