Loading...
Judul : Kim Swee akui serangan tumpul, pertahanan leka
link : Kim Swee akui serangan tumpul, pertahanan leka
Kim Swee akui serangan tumpul, pertahanan leka
PEMAIN Malaysia meraikan kemenangan bersama penyokong selepas menumpaskan Brunei 2-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan A, Sukan SEA di Stadium Shah Alam semalam. BERNAMA
Fadhilul
Izmel Ishak
16 Ogos 2017 3:00 AM
KUALA LUMPUR 15 Ogos – Selepas terpaksa berdepan situasi getir sebelum melakar kemenangan dalam aksi pembukaan Sukan SEA, pengendali skuad bawah 22 negara Datuk Ong Kim Swee mengakui pasukannya masih perlu melakukan beberapa penambahbaikan untuk menghadapi perlawanan seterusnya dalam kempen peringkat Kumpulan A.
Skuad negara akan bertemu Singapura di Stadium Shah Alam esok, dan berdasarkan perlawanan pertama semalam Kim Swee mendapati kelekaan di bahagian pertahanan boleh menyebabkan pasukannya dihukum pihak lawan selain penyudahan yang tumpul.
Katanya, Brunei telah dia dijangka akan memberi tentangan sengit kepada anak-anak buahnya tetapi Kim Swee percaya pasukannya mampu memenangi perlawanan lebih awal jika bahagian serangan menyempurnakan peluang yang terhidang.
“Ini perlawanan pertama. Kami berjaya mencipta peluang tetapi Brunei sentiasa mengejar bola dan menjadikan tugas kami untuk memburu gol adalah sukar. Seperti dijangka, Brunei memberi cabaran sengit namun kami berjaya mendapatkan tiga mata dan saya fikir itu amat penting.
Advertisement
Powered By YuMe
“Kami diperangkap apabila Brunei melakukan serangan balas di mana kami ‘tertidur’ selepas menjaringkan gol pada awal permainan. Gol penyamaan itu memberi kesukaran kepada kami namun nasib baik pemain berusaha keras pada babak kedua dan mereka menunjukkan kesungguhan dan kebangkitan kerana mereka tahu kita perlu menang.
“Aksi pertama kebiasaannya sukar, namun apa yang penting kami dapat tiga mata dan selepas ini kami menentang Singapura dan Myanmar dan berdasarkan jumlah peluang yang dicipta pada malam ini (semalam) kami perlu menterjemahkannya. Itu sahaja.
“Saya percaya jika kami dapat menterjemahkannya kepada gol pasti kami dapat memberi tekanan kepada pasukan lawan,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan di Stadium Shah Alam semalam.
Skuad B-22 negara bermula dengan garang apabila berada di depan seawal minit keempat namun Mohamed Zulkhairy Hady Razali berjaya menyamakan kedudukan lapan minit kemudian. Gol kemenangan pasukan B-22 negara dijaringkan oleh Adam Nor Azlin pada minit ke-60.
Tambah Kim Swee, dia percaya skuad kendaliannya itu mampu mempamerkan permainan lebih bagus ketika menentang Singapura esok dan seterusnya bertemu Myanmar (21 Ogos) di venue yang sama.
SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2w9CEjw
© Utusan Melayu (M) Bhd
Demikianlah Artikel Kim Swee akui serangan tumpul, pertahanan leka
Sekianlah artikel Kim Swee akui serangan tumpul, pertahanan leka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kim Swee akui serangan tumpul, pertahanan leka dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/08/kim-swee-akui-serangan-tumpul.html
0 Response to "Kim Swee akui serangan tumpul, pertahanan leka"
Catat Ulasan