Loading...

Syamsuri pemain paling popular

Loading...
Syamsuri pemain paling popular - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Syamsuri pemain paling popular, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Syamsuri pemain paling popular
link : Syamsuri pemain paling popular

Baca juga


Syamsuri pemain paling popular



 
ARKIB : 15/09/2006
Mohd. Syamsuri Mustafa duduk di atas motosikal yang dimenanginya pada malam Anugerah Bola Sepak Malaysia di Petaling Jaya, semalam.

KUALA LUMPUR – Penjaga gol kebangsaan dan Terengganu, Mohd. Syamsuri Mustafa dinobatkan sebagai pemain paling popular bagi musim 2005/06 pada majlis Anugerah Bola Sepak Malaysia yang berlangsung di Petaling Jaya malam tadi.

Pertandingan berdasarkan undian menerusi sistem mesej pesanan ringkas (SMS) itu memberikan peluang kepada para peminat untuk memilih pemain kesukaan mereka.

Ia turut menyaksikan Syamsuri terpilih sebagai penjaga gol paling popular.

‘‘Memenangi anugerah ini ialah pencapaian terbaik dalam karier saya dan ia lebih bermakna daripada anugerah penjaga gol terbaik yang saya terima dalam perlawanan menentang Korea Selatan dua tahun lepas,’’ kata Syamsuri.

‘‘Anugerah ini adalah daripada orang ramai dan pengiktirafan ini, saya sedar bahawa para peminat menghargai permainan anda.

‘‘Ia menjadikan saya lebih bersemangat untuk menjadi lebih bagus pada musim depan dan saya berterima kasih kepada Coca-Cola dan FAM (Persatu Bolasepak Malaysia) kerana mewujudkan semula majlis penganugerahan ini yang merupakan pengiktirafan kepada kerjaya kami,’’ katanya lagi.

Musim Liga Perdana 2005/06 menyaksikan penjaga gol berusia 25 tahun itu dibolosi paling kurang gol.

Penjaga gol yang telah berkhidmat untuk skuad kebangsaan itu selama beberapa tahun itu membawa pulang trofi kristal, jaket dari Coca-Cola dan sebuah motosikal.

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2xdJj9c
© Utusan Melayu (M) Bhd


Demikianlah Artikel Syamsuri pemain paling popular

Sekianlah artikel Syamsuri pemain paling popular kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Syamsuri pemain paling popular dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/08/syamsuri-pemain-paling-popular.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Syamsuri pemain paling popular"

Catat Ulasan

Loading...