Loading...

Terima kasih penyokong

Loading...
Terima kasih penyokong - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Terima kasih penyokong, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Terima kasih penyokong
link : Terima kasih penyokong

Baca juga


Terima kasih penyokong

Wartawan Sinar Harian
18 Ogos 2017
Terima kasih penyokong    
     Terima kasih penyokong
N Thanabalan (dua, kiri) bersama rakan sepasukan meraikan gol kedua ketika menentang Singapura, kelmarin.

PENJARING gol kemenangan skuad negara ketika menentang Singapura, N Thanabalan mengakui faktor kehadiran penyokong ke Stadium Shah Alam kelmarin bagi memberi sokongan menjadi pencetus kebangkitan untuk menundukkan negara jiran itu.

Menurutnya, sokongan padu 40,000 penyokong sememangnya ditagih pemain, apatah lagi skuad negara ketinggalan 0-1 pada separuh masa pertama.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang hadir. Kami sebagai pemain akui kehadiran penyokong menjadi faktor dapat melakukan kebangkitan.Mereka tetap menyokong walaupun kami ketinggalan pada separuh masa pertama.

“Saya harap sokongan padu ini akan berterusan untuk perlawanan akan datang,”katanya.

Dalam perlawanan kelmarin, Thanabalan masuk sebagai pemain gantian dan menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-73 selepas seorang lagi pemain gantian Nor Azam Azih menyamakan kedudukan pada minit ke-68.

Sementara itu, beliau meminta rakan-rakan pemain terus kekal fokus bagi pertemuan menentang Myanmar Isnin ini, sekali gus dapat mengesahkan tiket ke peringkat separuh akhir.

“Semua perlu bekerja keras dan cuba mengelakkan kesilapan mudah bagi memastikan terus layak ke pusingan seterusnya.

“Saya juga mengharapkan dapat diturunkan dalam kesebelasan utama menentang Myanmar nanti,”katanya.
Sumber berita Harian online 18 Ogos 2017



Demikianlah Artikel Terima kasih penyokong

Sekianlah artikel Terima kasih penyokong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Terima kasih penyokong dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/08/terima-kasih-penyokong.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Terima kasih penyokong"

Catat Ulasan

Loading...