Loading...
Judul : Tiada kerjasama bahagi kerusi dengan Umno, tegas Pemuda Pas Selangor
link : Tiada kerjasama bahagi kerusi dengan Umno, tegas Pemuda Pas Selangor
Tiada kerjasama bahagi kerusi dengan Umno, tegas Pemuda Pas Selangor
MALAYSIA DATELINEDewan Pemuda Pas Negeri Selangor (DPPNS) bersedia menghadapi pertembungan tiga penjuru pada Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Ketua Penerangannya Mohamed Sukri Omar berkata, pihaknya dari awal telah bersedia dengan sebarang kemungkinan, apatah lagi sudah dalam jangkaan reaksi yang diberikan oleh DAP dan AMANAH.
"Umno kekal menjadi musuh di dalam politik serta tidak akan berlaku sebarang kerjasama pembahagian kerusi dengan mereka," tegasnya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, sikap itu juga adalah sebagai menyambut pengumuman Pesuruhjaya Pas negeri, Sallehen Mukhyi bahawa Pas Selangor sedia bertanding sekurang-kurangnya 42 kerusi.
Katanya, DPPNS telah melancarkan jentera pilihan raya Pemuda di setiap kawasan dan hanya menunggu sahaja arahan dari pimpinan.
"Cabaran dari DAP dan PAN (AMANAH) kami sambut dengan lunas demokrasi," ujarnya.
Menurut beliau, Pas hadir dalam masyarakat membawa visi politik Islam yang menjaga agama dan mentadbir negara.
Demikianlah Artikel Tiada kerjasama bahagi kerusi dengan Umno, tegas Pemuda Pas Selangor
Sekianlah artikel Tiada kerjasama bahagi kerusi dengan Umno, tegas Pemuda Pas Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tiada kerjasama bahagi kerusi dengan Umno, tegas Pemuda Pas Selangor dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/08/tiada-kerjasama-bahagi-kerusi-dengan.html
0 Response to "Tiada kerjasama bahagi kerusi dengan Umno, tegas Pemuda Pas Selangor"
Catat Ulasan