Loading...

AFC gantung Aidil Zafuan empat perlawanan

Loading...
AFC gantung Aidil Zafuan empat perlawanan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul AFC gantung Aidil Zafuan empat perlawanan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : AFC gantung Aidil Zafuan empat perlawanan
link : AFC gantung Aidil Zafuan empat perlawanan

Baca juga


AFC gantung Aidil Zafuan empat perlawanan

27 September 2017 3:00 AM
 
KUALA LUMPUR 26 Sept. – Harimau Malaya menerima tamparan hebat ketika mereka berusaha melepasi pusingan kelayakan Piala Asia 2019 apabila pemain pertahanannya Mohamad Aidil Zafuan Abd. Radzak digantung empat perlawanan dan didenda selepas didapati bersalah melakukan kekasaran terhadap pengadil ketika menentang Hong Kong pada 5 September lalu.

Aidil, 30, diarahkan keluar padang oleh pengadil perlawanan Christopher Beath pada minit ke-92 perlawanan di Stadium Hang Jebat itu, tetapi pemain berusia 30 tahun itu didakwa enggan meninggalkan padang selama kira-kira dua minit, 30 saat dan menggunakan bahasa kasar terhadap Beath.

Selepas perlawanan Aidil didapati mendekati barisan pengadil dan didakwa sekali lagi menggunakan bahasa kasar terhadap mereka.

Akibat perbuatan itu, Aidil diputuskan bersalah kerana me­langgar Artikel 50.1, Kod Etika dan Disiplin Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), menurut keputusan mesyuarat Jawatankuasa Disiplin dan Etika AFC yang dikeluarkan semalam.

Ekoran daripada tindakan pemain itu Jawatankuasa Disiplin dan Etika AFC telah menggantung Aidil untuk empat perlawanan bermula dengan pertemuan menentang Hong Kong pada 10 Oktober, diikuti bertemu Korea Utara (14 November) dan Lebanon (27 Mac 2018) - kesemuanya dalam kempen kelayakan Piala Asia 2019.

Baki satu lagi perlawanan akan dibawa ke hadapan mengikut Kod Artikel 38.2.1.

Selain itu, Aidil dikehendaki membayar denda USD$5,000 (RM21,000) kerana melanggar Artikel 50.1. Denda tersebut perlu dibayar dalam tempoh 30 hari daripada hukuman dikeluarkan mengikut Kod Artikel 11.3.

Artikel Penuh: http://ift.tt/2fqSpsw
SUMBER© Utusan Melayu (M) Bhd


Demikianlah Artikel AFC gantung Aidil Zafuan empat perlawanan

Sekianlah artikel AFC gantung Aidil Zafuan empat perlawanan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel AFC gantung Aidil Zafuan empat perlawanan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/09/afc-gantung-aidil-zafuan-empat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "AFC gantung Aidil Zafuan empat perlawanan"

Catat Ulasan

Loading...