Loading...

Kecergasan, komitmen meyakinkan Norizan

Loading...
Kecergasan, komitmen meyakinkan Norizan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kecergasan, komitmen meyakinkan Norizan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kecergasan, komitmen meyakinkan Norizan
link : Kecergasan, komitmen meyakinkan Norizan

Baca juga


Kecergasan, komitmen meyakinkan Norizan



ARKIB : 14/06/2007

PULAU PINANG – Jurulatih skuad negara, Norizan Bakar amat berpuas hati dengan tahap kecergasan dan komitmen pemain sepanjang kem latihan di sini sebagai persediaan menghadapi pusingan akhir bola sepak Piala Asia, bulan depan.

Menurutnya, kesemua 30 pelatih negara kini dalam keadaan bersedia walaupun masih ada sesi latihan fasa terakhir di Kuala Lumpur serta beberapa perlawanan persahabatan bagi memutuskan senarai 23 pemain terbaik.

‘‘Kecergasan dan komitmen kesemua pemain termasuk yang tercedera cukup memuaskan hati saya. Malah agak sukar untuk memilih mereka tapi kami masih ada satu lagi sesi latihan,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas sesi latihan di sini, semalam.

Latihan di Pulau Pinang sejak 7 Jun hingga esok menyambung kem latihan di Australia, bulan lalu sebelum kembali ke Kuala Lumpur menjelang aksi sulung Piala Asia menentang China di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 10 Julai.

Dalam sesi latihan di sini, skuad kendalian Norizan banyak mempraktikkan latihan meningkatkan tahap kecergasan pemain dengan mengadakan latihan di pantai Batu Ferringhi pada sesi pagi sebelum menajamkan taktikal serta kombinasi mereka pada sesi malam.

Latihan sesi pagi di pantai merupakan satu lagi kombinasi latihan untuk meningkatkan daya tahan dan stamina dengan pemain diarahkan menjalani latihan di bawah kendalian sepenuhnya jurulatih kecergasan, Rastislav Bozik.

Menurut Norizan, anak buahnya kini bersemangat untuk mengharungi perlawanan sebenar bulan depan berdasarkan keadaan fizikal dan mental dan memerlukan sedikit masa lagi bagi mengukuhkan persefahaman antara pemain.

Beliau menganggap sesi latihan terakhir di Kuala Lumpur bakal menyediakan pemain untuk memikul tanggungjawab menghadapi aksi Kumpulan C yang melibatkan naib juara 2004, China, bekas juara tiga kali, Iran dan Uzbekistan yang mara ke suku akhir Piala Asia 2004.

Latihan di Pulau Pinang juga bertujuan mengeratkan hubungan antara pemain supaya masing-masing boleh memahami sikap dan perasaan rakan sepasukan sekali gus meningkatkan muhibah dan semangat sepasukan.

‘‘Kami tidak mahu pemain tertekan dengan latihan tetapi mahu mereka tenang dan memberi fokus kepada setiap sesi latihan dengan memahami kehendak dan keperluan pasukan dalam Piala Asiai,” katanya.

Norizan memberitahu, prestasi kesemua pemain kini dipantau oleh barisan jurulatih yang diketuainya dengan mengambil kira tahap persembahan pemain ketika tiga perlawanan persahabatan di Australia dan latihan seminggu di Pulau Pinang.

Apa yang pasti, semua pemain turut berpeluang untuk disenaraikan ke Piala Asia termasuk enam pemain muda daripada skuad Olimpik yang baru mengikuti latihan selepas menamatkan kempen kelayakan di Jepun.

Mereka ialah Syed Adney Syed Hussein, S. Subramaniam, Khyril Muhymeen Zambri, Aidil Zafuan Razak, Azi Shahril Azmi dan Amirulhadi Zainal.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ift.tt/2fyokaj
© Utusan Melayu (M) Bhd


Demikianlah Artikel Kecergasan, komitmen meyakinkan Norizan

Sekianlah artikel Kecergasan, komitmen meyakinkan Norizan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kecergasan, komitmen meyakinkan Norizan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/09/kecergasan-komitmen-meyakinkan-norizan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kecergasan, komitmen meyakinkan Norizan"

Catat Ulasan

Loading...