Loading...

Layanan tetap sama – Norizan

Loading...
Layanan tetap sama – Norizan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Layanan tetap sama – Norizan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Layanan tetap sama – Norizan
link : Layanan tetap sama – Norizan

Baca juga


Layanan tetap sama – Norizan



 
ARKIB : 20/03/2007
NORIZAN Bakar (kanan) memantau latihan skuad bola sepak kebangsaan di padang FAM, Kelana Jaya, semalam.

KUALA LUMPUR – Tiada layanan kelas bintang dan semua pemain perlu bersaing bagi merebut tempat dalam kesebelasan pasukan jika mahu beraksi pada Piala Asia, itu amaran jurulatih kebangsaan, Norizan Bakar pada sesi latihan pertama skuad bola sepak negara di Wisma FAM, semalam.

Seramai 16 daripada 20 pemain melapor diri untuk latihan singkat menjelang perlawanan persahabatan di Sri Lanka dari 22 hingga 26 Mac ini.

Ketika ditanya mengapa ada pemain yang dianggap bintang, hilang dalam senarai pada ketika skuad kehilangan penyerang utama, Hairuddin Omar, Norizan menegaskan, beliau hanya memilih pemain yang terbaik untuk pasukan.

“Saya tidak pernah memilih ‘bintang’ untuk membentuk pasukan, yang penting prestasi. Sama ada pemain itu bintang atau bukan, dia tetap perlu bersaing jika mahu meraih tempat dalam skuad dan kesebelasan,’’ tegas Norizan.

Kata Norizan, dua aksi persahabatan di Sri Lanka akan digunakan untuk mencari keserasian.

Katanya, meskipun ada pihak yang mengatakan Sri Lanka bukan medan terbaik untuk menguji skuad berbanding Australia memilih Argentina, jurulatih itu punya alasan tersendiri.

“Ini merupakan peringkat pertengahan latihan, tak akan tiba-tiba kita hendak menentang pasukan besar, ia akan memberi kejutan. Sekarang adalah masa mencari keserasian.

“Mungkin kita akan mengadakan beberapa perlawanan di Korea Selatan atau Jepun pada Mei ini bagi peringkat latihan yang lebih insentif apabila Piala Asia sudah semakin hampir,’’ katanya.

Sementara itu, Muhammad Shukor Adan dan K. Nanthakumar menarik diri daripada barisan ke Sri Lanka kerana masalah peribadi, manakala dua pemain NS Naza, Rezal Zambery Yahya dan penjaga gol, Azizon Kadir akan menyertai skuad kebangsaan sejurus kembali dari Maldives.

Pada pusingan akhir Julai ini, Malaysia dalam Kumpulan C bersama Uzbekistan, Iran dan China.

SKUAD KEBANGSAAN: Syamsuri Mustafa (Terengganu), Azizon Kadir (NS Naza); Mohd. Fadzli Saari (Selangor); Mohd. Nor Farhan Muhammad, Norfadzly Alias (Terengganu); R. Surendren (Perak); Norhafiz Zamani Misbah (Pahang); Fauzi Nan, Azlan Ismail (Perlis); Muhamad Kaironnisam Sahabuddin, Muhamad Nizaruddin Yusof (UPB/My Team); Rezal Zambery Yahya (NS Naza), V. Thirumurugan (Kedah), Rudie Ramli, Mohd. Hardi Jaafar (Telekom), Eddy Helmi Manan (Johor FC); Mohd. Hamzani Omar (Johor Pasir Gudang) dan Roony Harun (Sabah).

SUBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2xtfqVx
© Utusan Melayu (M) Bhd


Demikianlah Artikel Layanan tetap sama – Norizan

Sekianlah artikel Layanan tetap sama – Norizan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Layanan tetap sama – Norizan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/09/layanan-tetap-sama-norizan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Layanan tetap sama – Norizan"

Catat Ulasan

Loading...