Loading...

Maldives malukan skuad bola sepak Malaysia

Loading...
Maldives malukan skuad bola sepak Malaysia - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Maldives malukan skuad bola sepak Malaysia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Maldives malukan skuad bola sepak Malaysia
link : Maldives malukan skuad bola sepak Malaysia

Baca juga


Maldives malukan skuad bola sepak Malaysia



 
ARKIB : 31/01/2007
Pemain Maldives, Arif Mohamed (kiri) berebut bola dengan pemain Malaysia, Mohd. Syamsul pada perlawanan persahabatan di Stadium Cheras, Kuala Lumpur, malam tadi. - Gambar ABD. RAHMAN SALEH.

KUALA LUMPUR - Masalah ketumpulan jentera serangan membawa padah apabila skuad bola sepak Olimpik kebangsaan tewas mengejut 0-1 kepada Maldives pada perlawanan persahabatan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di sini, semalam.

Jurulatih skuad Olimpik kebangsaan, B. Sathianathan jelas kecewa melihat ketumpulan jentera serangan yang mensia-siakan banyak peluang terhidang di depan pintu gol lawan untuk mencipta jaringan.

‘‘Saya benar-benar kecewa jentera serangan yang diturunkan tidak berfungsi. Kita banyak mencipta peluang di depan pintu gol lawan tetapi malangnya pemain saya gagal manfaatkan peluang tersebut.

‘‘Kita bermain agak lembap sebaik babak bermula hinggalah lawan memperoleh gol barulah kita hendak menggandakan asakan tetapi sudah terlambat,’’ katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan tersebut.

Maldives meledakkan jaringan tunggal perlawanan menerusi sepakan percuma Abdul Ghani Akram dari luar kotak penalti gagal diselamatkan oleh penjaga gol skuad Olimpik kebangsaan, Syed Adney Syed Hussin pada minit ke-36.

Ketinggalan 0-1 memaksa Sathiananthan mengubah strategi meletakkan tiga penyerang membariskan Abdul Manaf Mamat, Mohd. Azril Abdul Hamid dan Mohd. Amirul Hadi Zainal.

Namun, rangkaian tiga serangan nyata tumpul apabila memiliki tidak kurang lapan peluang di babak kedua untuk mencipta jaringan.

Mengulas lanjut, Sathiananthan berkata, selain soal masalah ketumpulan jentera serangan kelemahan mental pemain yang menganggap Maldives adalah lawan yang lemah turut menjadi punca kekalahan tersebut.

‘‘Mental pemain saya tidak kuat, mereka mudah menganggap mudah terutama berdepan Maldives, sebenar lawan kita cukup ampuh,’’ ujarnya.

Biarpun terpaksa akur dengan kekalahan mengejut kepada Maldives, ia sebagai satu pengajaran terbaik kepada pemain agar lebih mengambil serius dan tidak memandang rendah kekuatan lawan.

Malaysia akan mengadakan perlawanan persahabatan kedua dengan Maldives di Stadium MBPJ, Jumaat ini.

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2h8H83X
© Utusan Melayu (M) Bhd


Demikianlah Artikel Maldives malukan skuad bola sepak Malaysia

Sekianlah artikel Maldives malukan skuad bola sepak Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Maldives malukan skuad bola sepak Malaysia dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/09/maldives-malukan-skuad-bola-sepak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Maldives malukan skuad bola sepak Malaysia"

Catat Ulasan

Loading...