Loading...

‘Orang lama’ pilihan Norizan

Loading...
‘Orang lama’ pilihan Norizan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Orang lama’ pilihan Norizan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Orang lama’ pilihan Norizan
link : ‘Orang lama’ pilihan Norizan

Baca juga


‘Orang lama’ pilihan Norizan



 
ARKIB : 01/01/2007
Norizan Bakar (kiri) gigih melihat pemain lama, Hairuddin Omar melakukan ujian larian sewaktu pemain skuad bola sepak kebangsaan menjalani latihan di padang Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

KUALA LUMPUR – Jurulatih bola sepak kebangsaan, Norizan Bakar masih percaya kudrat pemain lama yang mendapat kepercayaan semula menyarung jersi kebangsaan mampu memantapkan semula skuad kebangsaan.

Menurut beliau, kehadiran mereka amat diperlukan memandangkan pengalaman yang pernah dilalui sewaktu menyarung jersi kebangsaan bersama beberapa jurulatih sebelum itu.

‘‘Saya masih percaya dengan kemampuan dan pengalaman yang ada pada mereka dan apabila bergandingan dengan pemain muda ia dapat mewujudkan skuad yang mantap.

‘‘Gandingan pemain lama dan baru dapat memberikan saya satu kelainan dalam mewujudkan kombinasi ampuh di setiap posisi,’’ ujarnya ketika dihubungi semalam.

Skuad kebangsaan yang dalam persiapan rapi menghadapi pusingan akhir Piala Asia Julai ini selain itu mengharungi tugas awal di Kejohanan Piala AFF di Bangkok bermula 12 Januari ini.

Antara pemain lama yang mendapat kepercayaan semula ialah Hairuddin Omar, Nizaruddin Yusof, Muhammad Shukor Adan, K. Nanthakumar, Eddy Helmi dan Chan Wing Hoong.

Buat Norizan, pengalaman mereka di bawah beberapa jurulatih kebangsaan sebelum itu selain beraksi di kejohanan peringkat antarabangsa amat perlu untuk dikongsi dengan pemain muda skuad bawah 20 tahun negara.

Begitupun kata jurulatih itu yang pernah membawa Perlis menjulang Piala Malaysia, tempat buat mereka belum pasti terjamin untuk berada dalam kesebelasan utama.

‘‘Mereka terpaksa bersaing dengan pemain muda yang lain jika ingin mendapat tempat bukan bermakna mereka terkecuali berdasarkan kriteria yang saya tetapkan untuk memilih barisan utama,’’ ujarnya.

Biarpun begitu kata Norizan, walaupun mereka baru menjalani latihan sejak mula dikumpulkan Khamis lepas, semangat yang diberikan amat menggalakkan.

Skuad kebangsaan yang diberikan pelepasan bercuti sempena sambutan Hari Raya Haji telah mula melapor diri di Wisma FAM, semalam dan akan kembali menjalani latihan hari ini.

Buat Norizan, beliau benar-benar kesuntukan masa untuk menyediakan pasukan paling ampuh mengharungi saingan Piala AFF pada 12 Januari ini.

Pada saingan tersebut Malaysia diletakan dalam Kumpulan A bersama-sama tuan rumah Thailand yang baru menjuarai Kejohanan Piala Raja Thai; juara Piala Mandalay, Myanmar dan Filipina.

Lebih mendukacitakan jurulatih itu apabila skuad yang dilatihnya tidak dapat mengadakan perlawanan persahabatan buat menguji kekuatan sebenar sebelum berangkat ke Bangkok.

Biarpun begitu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedang berusaha untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan Singapura dan Vietnam, dua pasukan yang turut mengambil bahagian dalam Piala AFF tetapi berada dalam Kumpulan B.

Sebelum ini skuad kebangsaan gagal mengadakan perlawanan persahabatan dengan Indonesia.

sumberArtikel Penuh: http://ift.tt/2vP3dr4
© Utusan Melayu (M) Bhd


Demikianlah Artikel ‘Orang lama’ pilihan Norizan

Sekianlah artikel ‘Orang lama’ pilihan Norizan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Orang lama’ pilihan Norizan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/09/orang-lama-pilihan-norizan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "‘Orang lama’ pilihan Norizan"

Catat Ulasan

Loading...