Loading...

Pahang, N.Sembilan galas cabaran negara

Loading...
Pahang, N.Sembilan galas cabaran negara - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pahang, N.Sembilan galas cabaran negara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pahang, N.Sembilan galas cabaran negara
link : Pahang, N.Sembilan galas cabaran negara

Baca juga


Pahang, N.Sembilan galas cabaran negara



ARKIB : 06/03/2007 
KUALA LUMPUR – Saingan Piala AFC musim 2007 dengan dua wakil Malaysia diterajui oleh juara Liga Super musim lalu, Negeri Sembilan Naza dan juara Piala FA, Pahang memulakan kempen masing-masing hari ini.

Negeri Sembilan bersaing dalam Kumpulan D bersama-sama Hoa Phat Hanoi dari Vietnam, Victory SC (Maldives) dan Xiangzue Sun Hei (Hong Kong).

Pahang pula memikul cabaran beraksi dalam Kumpulan F bersama-sama Mohun Bagan (India), Osotpa M-150 FC (Thailand) dan Tampines Rover (Singapura).

Negeri Sembilan yang prestasi mereka ibarat yo yo dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia akan menentang wakil dari Vietnam, Hoa Phat Hanoi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, malam ini.

Manakala Pahang dengan prestasi buruk setakat ini bertandang ke Bangkok berdepan kelab dari Thailand Osotpa M-150 FC dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Royal Thai Army, pada pukul 4.00 petang waktu tempatan.

Tahun lalu, cabaran Malaysia dibawa oleh Selangor dan Perlis tetapi sukar untuk meramalkan peluang sama ada Negeri Sembilan atau Pahang mampu melangkah lebih jauh dalam saingan Piala AFC 2007 ketika reputasi masing-masing dalam keadaan tidak menentu.

Lebih lagi pulak dengan jadual ketat dalam Liga Malaysia memaksa Pahang dan Negeri Sembilan mengharungi saingan getir ketika kedudukan masing-masing dalam Liga Super dan Piala Malaysia berada pada kedudukan bahaya.

Ada kemungkinan Pahang dan Negeri Sembilan akan menganggap perlawanan malam ini tidak begitu penting kerana tumpuan mereka lebih dalam liga domestik.

Apa lagi kedudukan masing-masing dalam keadaan bahaya dalam Liga Super Pahang berada di tangga keenam manakala Negeri Sembilan pula di tempat kesembilan.

Dalam kancah Piala Malaysia pula Pahang berada dua tangga tercorot dalam Kumpulan C dan Negeri Sembilan di tangga ketiga Kumpulan B.

Begitupun buat Negeri Sembilan dua kemenangan berturut-turut dalam Liga Super dan Piala Malaysia menyuntik semangat mereka untuk membenam wakil Vietnam itu.

sumberArtikel Penuh: http://ift.tt/2xrTaLS
© Utusan Melayu (M) Bhd


Demikianlah Artikel Pahang, N.Sembilan galas cabaran negara

Sekianlah artikel Pahang, N.Sembilan galas cabaran negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pahang, N.Sembilan galas cabaran negara dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/09/pahang-nsembilan-galas-cabaran-negara.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pahang, N.Sembilan galas cabaran negara"

Catat Ulasan

Loading...