Loading...
Judul : PIALA KERBAU : LEICESTER 2-0 LIVERPOOL
link : PIALA KERBAU : LEICESTER 2-0 LIVERPOOL
PIALA KERBAU : LEICESTER 2-0 LIVERPOOL
Kita tak kisah sangat jika Klopp ada banyak kepelbagaian taktikal untuk tangani permasalahan ini. Macam abam petik dari Carragher yang bagitahu Klopp perlu lebih rasional untuk faham corak pasukan Inggeris bukan nak terlalu adaptasi Gegenpressing yang dah ramai tahu camna kelemahan. Banyak formasi yang paling koman boleh tutup kekurangan pertahanan lembab, yakni dengan letak seorang pemain tengah bertahan DM yang asli, bukan celup dan bidan terjun macam Hendo atau Emre.
DM yang baik akan cantas segala anasir yang hendak masuk menyerang dengan secepat kilat, memudahkan kerja bek tengah. Kesemua pasukan elit musim ni punyai DM terbaik seperti Fernandinho-City, Matic-ManU ,Kante-Chelsea, Dier/Wanyama-Spurs. Cuma Klopp pelik sedikit taknak guna pemain pakar DM, gunakan Hendo yang tak meyakinkan. Padahal dulu kat Dortmund dulu Sebastian Kehl atau Lar Bender memang insan penting yang bermain sebagai DM dalam pasukan yang berjaya jadi Juara Liga dan ke Final Liga Juara-Juara.
Abam bukan benci nak kutuk pemain kita sendiri. Mereka main atas pilihan taktikal Klopp walaupun adakalanya keupayaan mereka tak berkemampuan nak adaptasi ketika perlawanan sebenar. Kita bukan tak tahu dan tak terperasan Klopp nak buktikan dia mampu nak ubah seorang pemain biasa-biasa jadi bintang. Tetapi ambisi beliau takkan terlaksana dengan pemain senior yang dah ibarat buluh keras, bukan rebung macam pemain muda seperti Woodburn, Ward, Gomez dan Arnold yang masih boleh dilentur dari awal-awal.
Bukan nak banding Klopp dengan Rafa Benitez. Cuma Rafa boleh bentuk Djimi Traore yang paling lemah jadi pemain baik sebab Rafa menyediakan taktikal untuk memudahkan pemain, bukan suruh pemain cuba main corak yang mendedahkan kelemahan mereka. Sebab itu Rafa berjaya tiap-tiap tahun masuk Liga Juara-Juara sebab punyai Hamman, Alonso, Mascherano serta Lucas (sebelum cedera lutut) yang menjaga rapi pertahanan yang tak berapa pantas dan statik.
Jadi apa yang kita harap Klopp kena fikir balik jalan terbaik nak elak kebocoran dengan yang tak henti-henti. Menyalahkan pemain macam dalam wawancara selepas perlawanan dengan Leicester pemain bukan solusi. Tetapi beliau kena pastikan taktik yang kena dengan keadaaan semulajadi pemain macam Klavan yang perlahan serta jangan suruh Hendo nak terjun buat hadangan dan bentesan yang DM yang pakar diluar sana.
Kita tunggu perubahan drastik yang Klopp cakap akan buat untuk pertemuan kali kedua dengan Sang Musang Pulut. Rasanya Klopp bakal turunkan barisan terkuat dan begitu juga Leciseter yang main semalam tanpa Vardy, Mahrez dan beberapa tonggak utama yang lain. Abam tak risau serangan walaupun tak sentuh langsung pasal serangan yang tumpul, sebab kembalinya Salah dan Firmino mungkin tak sama dengan bahagian depan dengan OX dan Solanke.
Demikianlah Artikel PIALA KERBAU : LEICESTER 2-0 LIVERPOOL
Sekianlah artikel PIALA KERBAU : LEICESTER 2-0 LIVERPOOL kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PIALA KERBAU : LEICESTER 2-0 LIVERPOOL dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/09/piala-kerbau-leicester-2-0-liverpool.html
0 Response to "PIALA KERBAU : LEICESTER 2-0 LIVERPOOL"
Catat Ulasan