Loading...
Judul : Rajagobal tidak mahu bebankan pemain
link : Rajagobal tidak mahu bebankan pemain
Rajagobal tidak mahu bebankan pemain
ARKIB : 03/03/2007
KUALA LUMPUR – Jurulatih skuad bola sepak belia kebangsaan K. Rajagobal tidak mahu membebankan pemain-pemainnya dengan harapan besar pada kejohanan Trofi Hassanal Bolkiah kerana sedar persediaan mereka terlalu pendek untuk menjangkakan keputusan mengejut.
Selain itu, kejohanan yang bermula hari ini menyaksikan negara peserta lain menghantar skuad Bawah-21 manakala Malaysia diwakili oleh skuad Bawah-18.
Anak-anak buah Rajagobal akan berdepan saingan sukar sejak awal lagi apabila diletakkan dalam Kumpulan A bersama juara bertahan Thailand, Singapura dan Vietnam.
Kumpulan B pula diisi oleh tuan rumah Brunei, Filipina, Kemboja dan naib juara edisi lalu Myanmar.
“Selain diletakkan dalam kumpulan yang sukar, perlu diingat juga bahawa pemain-pemain saya hanya mendapat lapan hari untuk menjalani latihan.
“Jadi kami ke Brunei dengan menetapkan sasaran yang realistik. Beberapa pemain yang berpengalaman di dalam skuad ini seperti Ahmad Fajri (Saarani) dan Gurusamy seharusnya dapat memikul tanggungjawab membimbing rakan-rakan mereka,” kata Rajagobal.
Bagaimanapun, Rajagobal sekurang-kurangnya boleh menaruh sedikit keyakinan ke atas skuadnya menerusi keputusan dua perlawanan persahabatan dalam persediaan mereka ke Bandar Seri Begawan.
Selepas kalah 3-0 kepada pasukan Liga Perdana KL PLUS, pasukan itu menunjukkan kemajuan pada perlawanan kedua di mana mereka menundukkan UPB-MyTeam 2-1.
“Keputusan itu menunjukkan prestasi mereka telah meningkat, walaupun saya ingin menyaksikan mereka mendapat tempoh persediaan yang lebih panjang, dan masih ada beberapa bahagian dalam pasukan ini yang boleh diperbaiki,” tambah Rajagobal.
Perlawanan pertama Malaysia ialah menentang Vietnam esok
sumberArtikel Penuh: http://ift.tt/2xkXUkH
© Utusan Melayu (M) Bhd
Demikianlah Artikel Rajagobal tidak mahu bebankan pemain
Sekianlah artikel Rajagobal tidak mahu bebankan pemain kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rajagobal tidak mahu bebankan pemain dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/09/rajagobal-tidak-mahu-bebankan-pemain.html
0 Response to "Rajagobal tidak mahu bebankan pemain"
Catat Ulasan