Loading...

Sejarah suntikan Malaysia di Doha

Loading...
Sejarah suntikan Malaysia di Doha - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sejarah suntikan Malaysia di Doha, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sejarah suntikan Malaysia di Doha
link : Sejarah suntikan Malaysia di Doha

Baca juga


Sejarah suntikan Malaysia di Doha

ARKIB : 08/11/2006

KUALA LUMPUR - Sejarah kejayaan memenangi pingat gangsa Sukan Asia di Jakarta 1962 dan Tehran 1974 mampu dijadikan perangsang semangat skuad bola sepak Bawah 23 Tahun negara dalam melakukan sesuatu yang membanggakan di Doha, bulan depan.

Ketua Kontinjen negara, Datuk Abdullah Sani Karim berkata, skuad bimbingan Norizan Bakar ini turut digesa mengimbas semula pencapaian tersebut sambil cuba menghampirinya sekalipun mungkin terlalu sukar untuk mengulanginya.

“Masanya sudah tiba untuk skuad kali ini menyerlah di Doha kerana pencapaian kita sepanjang Sukan Asia lalu, tidak kurang hebatnya,” katanya ketika mengunjungi para pemain di Wisma FAM, Petaling Jaya, semalam.

Seramai 24 pemain yang diketuai oleh Norhafiz Zamani Misbah menjalani latihan pusat menjelang temasya ke-15 itu dan akan menentang China, Oman dan pemenang Kumpulan B pusingan pertama di Doha.

Norhafiz merupakan salah seorang daripada enam pemain melebihi 23 tahun dipanggil berlatih bagi Sukan Asia selain Azizi Mat Rose, Rudie Ramli, Azizon Kadir, Hardi Jaafar dan Eddie Helmi Manan. Hanya tiga daripada mereka yang dibenarkan ke Doha.

Kebanyakan pelatih kali ini turut mewakili Malaysia ketika menentang Singapura dan Pestabola Merdeka ke-38 dari Mei hingga Ogos lalu. Terbaru dipanggil berlatih ialah dua pemain Bawah 20 Tahun di Bangalore, Khyril Muhymeen Zambri dan Shafiq Rahim.

Kumpulan B membariskan Indonesia, Singapura, Syria dan Iraq.

Malaysia akan melawan Oman pada 29 November ini sementara pusingan pertama bermula 18 November ini.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ift.tt/2eUqPqU
© Utusan Melayu (M) Bhd


Demikianlah Artikel Sejarah suntikan Malaysia di Doha

Sekianlah artikel Sejarah suntikan Malaysia di Doha kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sejarah suntikan Malaysia di Doha dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/09/sejarah-suntikan-malaysia-di-doha.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sejarah suntikan Malaysia di Doha"

Catat Ulasan

Loading...