Loading...
Judul : Tiada Rundingan Lagi Dengan PAS -Nurul Izzah
link : Tiada Rundingan Lagi Dengan PAS -Nurul Izzah
Tiada Rundingan Lagi Dengan PAS -Nurul Izzah
“Beliau (Wan Azizah) telah menyatakan dengan jelas pada hari di mana HARAPAN berikrar tidak akan ada lagi rundingan dengan PAS dan kami akan bergerak (tanpa PAS),” kata Nurul Izzah dalam satu temubual dengan Malaysiakini pada hari Khamis.
Nurul Izzah, bagaimanapun, menyatakan lawatan Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali yang mengunjungi presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di hospital bukan bermaksud mahu menjalin semula hubungan politik.
Tegasnya, ia sekadar lawatan biasa dalam menjalin hubungan silaturahim sesama muslim
“Jika (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib Abdul Razak tidak sihat, saya akan mengunjungi beliau. Adakah ia bermaksud saya ada pakatan pilihan raya dengan beliau?” kata Nurul Izzah sambil menegaskan bahawa beliau tetap terikat dengan (pendirian) dengan PH.
Nurul Izzah mengakui bahawa memenangi pertandingan tiga penjuru merupakan satu cabaran, tetapi berpendapat bahawa ia tidak mustahil.
Bagaimanapun, Nurul Izzah tidak menolak kemungkinan mengenai pakatan dengan PAS pasca pilihan raya PRU 14.
“Boleh jadi ada pakatan selepas pilihan raya… itulah yang berlaku pada tahun 2008,” katanya, merujuk kepada kewujudan Pakatan Rakyat – yang kini telah berkubur – antara PKR, DAP dan PAS.
Demikianlah Artikel Tiada Rundingan Lagi Dengan PAS -Nurul Izzah
Sekianlah artikel Tiada Rundingan Lagi Dengan PAS -Nurul Izzah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tiada Rundingan Lagi Dengan PAS -Nurul Izzah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/09/tiada-rundingan-lagi-dengan-pas-nurul.html
0 Response to "Tiada Rundingan Lagi Dengan PAS -Nurul Izzah"
Catat Ulasan