Loading...
Judul : Malaysia menang aksi persahabatan di Perth
link : Malaysia menang aksi persahabatan di Perth
Malaysia menang aksi persahabatan di Perth
ARKIB : 08/10/2007
KUALA LUMPUR – Skuad bola sepak kebangsaan meraih kemenangan pertama apabila menewaskan Perth SC 1-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Dorrean Gardens, semalam.
Gol tunggal jaringan Mohd. Safee Sali pada minit ke-51 kembali menceriakan kem skuad kebangsaan selepas dua pertemuan tewas 3-1 dalam perlawanan pertama kepada Perth SC dan seri 0-0 bertemu Ashfield FC sebelum itu.
Jaringan kemenangan milik skuad kebangsaan hadir di minit ke-51 hasil daripada sepakan percuma Azi Shahril tepat ke arah Mohamad Zaquan Adha Abdul Razak.
Zaquan terus membuat umpanan kepada Mohd. Safee yang terus menolak masuk untuk gol kemenangan skuad kebangsaan.
Buat jurulatih B. Sathianathan bukan soal kemenangan menjadi sasaran tetapi sebaliknya corak permainan yang menyakinkan dipamerkan oleh anak didiknya.
‘‘Corak permainan pemain tampak lebih bagus dan kemenangan 1-0 jaringan Mohd. Safee adalah bonus buat pemain.
‘‘Keseluruhannya saya nampak keyakinan, persefahaman dan komitmen pemain cukup ampuh,’’ ujarnya semalam.
Lebih menceriakan Sathianathan apabila melihat benteng pertahanan yang dibarisi oleh Mohd. Daudsu Jamaluddin, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Razak, Norhafiz Zamani Misbah dan Sumardi Hajalan berjaya menyekat jentera serangan lawan.
‘‘Penyerang Perth SC sekadar memperoleh dua peluang terbaik di depan pintu gol kita tetapi berjaya diselamatkan oleh Syed Adney Syed Hussein,’’ ujarnya.
SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2zdi1ku
© Utusan Melayu (M) Bhd
Demikianlah Artikel Malaysia menang aksi persahabatan di Perth
Sekianlah artikel Malaysia menang aksi persahabatan di Perth kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Malaysia menang aksi persahabatan di Perth dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/10/malaysia-menang-aksi-persahabatan-di.html
0 Response to "Malaysia menang aksi persahabatan di Perth"
Catat Ulasan