Loading...

Menang bukan mustahil - CYC: Perlawanan Malaysia menentang PSV Eindhoven

Loading...
Menang bukan mustahil - CYC: Perlawanan Malaysia menentang PSV Eindhoven - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Menang bukan mustahil - CYC: Perlawanan Malaysia menentang PSV Eindhoven, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Menang bukan mustahil - CYC: Perlawanan Malaysia menentang PSV Eindhoven
link : Menang bukan mustahil - CYC: Perlawanan Malaysia menentang PSV Eindhoven

Baca juga


Menang bukan mustahil - CYC: Perlawanan Malaysia menentang PSV Eindhoven



ARKIB : 12/08/2007

Oleh: SAYED HESHAM IDRIS

KUCHING – Misi ke suku akhir Piala Juara-Juara Belia bukan mustahil bagi skuad negara selepas mempamerkan aksi cemerlang pada dua perlawanan Kumpulan D, di sini.

Jurulatih, Robert Alberts berkata, walaupun sukar ke suku akhir apabila berdepan PSV Eindhoven pada perlawanan terakhir kumpulan yang dipindahkan ke Stadium Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Cheras, hari ini, sasaran itu mampu direalisasikan.

Katanya, persembahan bertenaga pada perlawanan dengan Bayern Munich dan Chelsea membuktikan skuad negara setanding dengan lawan yang profesional dari segenap aspek.

‘‘Kita semua telah melihat keupayaan pemain negara, jadi nilai sendiri kemampuan mereka.

‘‘Jika pemain beraksi lebih kemas apabila menentang PSV Eindhoven, misi ke suku akhir mampu kita capai,” katanya selepas perlawanan dengan Chelsea di sini, kelmarin.

Skuad negara tumpas 1-2 di tangan Bayern Munich pada perlawanan pembukaan Kumpulan D di sini, Rabu lalu walaupun memberikan persembahan bertenaga.

Aksi kemas Malaysia diteruskan, kelmarin apabila mengikat Chelsea tanpa jaringan.

Bayern muncul pasukan pertama Kumpulan D layak ke suku akhir apabila mengumpul enam mata hasil kemenangan ke atas Chelsea dan PSV Eindhoven.

PSV di tangga kedua dengan tiga mata manakala Malaysia di tangga ketiga dengan satu mata, mengatasi Chelsea di tangga tercorot berdasarkan kelebihan jaringan.

Alberts yang memuji semangat dan kesungguhan pemain negara memberi tentangan kepada pasukan bertaraf dunia yakin aksi cemerlang pada dua perlawanan sebelum ini bakal diteruskan di Kuala Lumpur, hari ini.

Katanya, sebelum perlawanan dengan Chelsea kelmarin, dia meramalkan sukar untuk pasukan negara menyaingi lawan yang sempurna di semua bahagian.

‘‘Sukar untuk saya mencari kelemahan Chelsea pada perlawanan pertama mereka dengan PSV Eindhoven.

‘‘Namun percaturan menambahkan asakan pada perlawanan ini (kelmarin) berhasil apabila kita menguasai perlawanan dan kerap kali mencemaskan kubu lawan,” katanya.

Dalam masa yang sama Alberts mengakui pemain negara berdepan tugas getir untuk menjinakkan PSV hari ini kerana wakil Belanda itu juga mahukan kemenangan untuk ke suku akhir.

Dia yang dijangka akan menurunkan barisan pemain yang sama ketika menentang Bayern dan Chelsea berharap pemain meneruskan corak permainan kemas seperti sebelum ini.

Alberts turut berharap para penyokong memenuhi Stadium KLFA hari ini untuk memberi sokongan kepada skuad negara seperti mana yang ditunjukkan oleh penyokong di Kuching.

‘‘Saya berpuas hati dengan jumlah kehadiran penyokong di Stadium Sarawak demi menaikkan semangat pemain.

‘‘Saya mengharapkan senario yang sama pada perlawanan skuad negara di Kuala Lumpur,” katanya

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2z3HNYg
© Utusan Melayu (M) Bhd


Demikianlah Artikel Menang bukan mustahil - CYC: Perlawanan Malaysia menentang PSV Eindhoven

Sekianlah artikel Menang bukan mustahil - CYC: Perlawanan Malaysia menentang PSV Eindhoven kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Menang bukan mustahil - CYC: Perlawanan Malaysia menentang PSV Eindhoven dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/10/menang-bukan-mustahil-cyc-perlawanan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Menang bukan mustahil - CYC: Perlawanan Malaysia menentang PSV Eindhoven"

Catat Ulasan

Loading...