Loading...

Skuad B-20 Malaysia ke separuh akhir

Loading...
Skuad B-20 Malaysia ke separuh akhir - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Skuad B-20 Malaysia ke separuh akhir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Skuad B-20 Malaysia ke separuh akhir
link : Skuad B-20 Malaysia ke separuh akhir

Baca juga


Skuad B-20 Malaysia ke separuh akhir



ARKIB : 07/08/2007

KUALA LUMPUR – Malaysia berpeluang mengulangi kemaraan ke perlawanan akhir seperti dua edisi lalu apabila menempah tiket separuh akhir Kejohanan Bawah 20 Tahun Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), kelmarin.

Skuad belia negara bimbingan K. Rajagopal membelasah Laos 7-3 di Kompleks Sukan Thanh Long, Kota Ho Chi Minh, Vietnam untuk muncul naib juara Kumpulan A dan menempah pertemuan separuh akhir dengan Thailand, malam ini.

Myanmar pula mengumpul sembilan mata sekali gus bergelar juara Kumpulan A selepas menewaskan Singapura 2-1 dan akan menentang tuan rumah yang juga naib juara Kumpulan B pada satu lagi separuh akhir.

Kelmarin, Malaysia, naib juara di Palembang 2005 dan Kuantan 2006, agak goyah dengan dua gol pendahuluan Laos masing-masing menerusi

Sayya Meungmany dan Phuttavong Sapackdy biarpun sempat dirapatkan oleh Syazwan Zinon.

Ketua pasukan, K. Gurusamy pula menyamakan dan melebarkan kedudukan dengan dua jaringan diikuti oleh Shukor Jusoh, Firdaus Azizul, Yusaini Che Saad dan Shazlan Alias manakala Sayya menyumbat gol terakhir lawan.

Sebelum ini, Malaysia menewaskan Singapura 3-0 menerusi jaringan Yusanee Saad, Ahmad Fakri Saarani dan Akmal Mohd. Noor tetapi kalah kepada Myanmar 2-1 dengan penjaring tunggalnya ialah Gurusamy.

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2ydObQ9
© Utusan Melayu (M) Bhd


Demikianlah Artikel Skuad B-20 Malaysia ke separuh akhir

Sekianlah artikel Skuad B-20 Malaysia ke separuh akhir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Skuad B-20 Malaysia ke separuh akhir dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/10/skuad-b-20-malaysia-ke-separuh-akhir.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Skuad B-20 Malaysia ke separuh akhir"

Catat Ulasan

Loading...