Loading...

Skuad B19 sertai Liga Perdana

Loading...
Skuad B19 sertai Liga Perdana - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Skuad B19 sertai Liga Perdana, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Skuad B19 sertai Liga Perdana
link : Skuad B19 sertai Liga Perdana

Baca juga


Skuad B19 sertai Liga Perdana



ARKIB : 20/10/2007

SULTAN Ahmad Shah (tengah) berbincang dengan Timbalan Presiden FAM, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad (kiri) dan Khairy Jamaludin pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di Kuala Lumpur, semalam.

PETALING JAYA – Skuad Malaysia bawah 19 tahun mendapat kepercayaan menyertai saingan Liga Perdana musim 2007/2008.

Skuad yang dilatih oleh jurulatih, K. Rajagopal turut bersaing dalam kempen Piala FA menggantikan tempat pasukan Singapura B23 yang tidak dijemput menyertai Liga Malaysia musim ini.

Ia diputuskan pada mesyuarat kedua Exco Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dipengerusikan oleh Presidennya, Sultan Ahmad Shah.

Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin berkata, mesyuarat Exco sebulat suara menyokong cadangan skuad bawah 19 menyertai saingan Liga Malaysia musim baru ini.

Menurut beliau, penyertaan skuad bimbingan Rajagopal adalah sebahagian daripada usaha FAM untuk memberi pendedahan lebih kepada skuad remaja kebangsaan kepada perlawanan yang lebih kompetitif.

‘‘Selain bersaing dalam saingan Liga Perdana bersama 12 pasukan lain, skuad bawah 19 juga akan menyertai pertandingan Piala FA menggantikan tempat skuad Singapura B23 yang tidak dijemput musim ini,’’ ujarnya.

Khairy menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas mesyuarat Exco badan induk itu di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini, semalam.

Mesyuarat Exco kata Khairy turut mengambil keputusan menarik balik kebenaran ke atas Brunei DPMMM bertanding dalam Piala Malaysia.

Menurut beliau, keputusan untuk menarik balik penyertaan DPMMM dalam saingan Piala Malaysia dengan alasan kelab itu bukanlah ahli gabungan FAM tetapi sebaliknya sebagai pasukan jemputan.

‘‘Penyertaan dalam pertandingan Piala Malaysia adalah daripada pasukan-pasukan yang bergabung dengan FAM,’’ ujarnya.

Sehubungan itu, katanya, UPB/MyTeam telah dipilih untuk menggantikan tempat DPMMM selain Johor FC - dua kelab terbaik yang dibenarkan bertanding dalam Piala Malaysia.

Begitupun kata Khairy, kedudukan Brunei dalam kempen Liga Super dan Piala FA tidak terjejas.

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2xKF1WL
© Utusan Melayu (M) Bhd


Demikianlah Artikel Skuad B19 sertai Liga Perdana

Sekianlah artikel Skuad B19 sertai Liga Perdana kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Skuad B19 sertai Liga Perdana dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/10/skuad-b19-sertai-liga-perdana.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Skuad B19 sertai Liga Perdana"

Catat Ulasan

Loading...