Loading...

Skuad Malaysia ‘berkabung’ batalkan sesi latihan

Loading...
Skuad Malaysia ‘berkabung’ batalkan sesi latihan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Skuad Malaysia ‘berkabung’ batalkan sesi latihan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Skuad Malaysia ‘berkabung’ batalkan sesi latihan
link : Skuad Malaysia ‘berkabung’ batalkan sesi latihan

Baca juga


Skuad Malaysia ‘berkabung’ batalkan sesi latihan



ARKIB : 16/07/2007

PETALING JAYA – Seakan-akan ‘berkabung’ dengan pengunduran Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), skuad negara semalam pula tidak turun menjalani latihan di Stadium Petaling Jaya seperti yang dijadualkan.

Tanpa sebarang notis awal mahupun kepada penganjur Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) khususnya bahagian media, mereka dengan sewenang-wenangnya membatalkan sesi berkenaan sebaliknya sekadar memilih gimnasium Hotel Prince, Kuala Lumpur - tempat penginapan semua pasukan Kumpulan C pusingan akhir Piala Asia.

Tindakan itu ternyata tidak wajar memandangkan jadual sesi latihan semalam untuk pasukan Malaysia telah ditetapkan dari 5 petang hingga 7 malam oleh AFC yang turut diedarkan kepada semua wakil media tempatan mahupun antarabangsa.

Malah inilah kali kedua skuad negara mengubah tempat latihan secara mengejut setelah tiga hari sebelum menentang China, mereka didapati beralih dari Stadium Nasional, Bukit Jalil ke Stadium Petaling Jaya dan akhirnya terpaksa memilih Wisma FAM, Kelana Jaya.

Tinjauan Utusan Malaysia ke Stadium Petaling Jaya, semalam mendapati skuad negara tidak kunjung tiba sehingga setengah jam selepas waktu mula latihan itu biarpun kakitangan keselamatan di situ memberitahu, sesi untuk skuad negara berlatih memang telah dijadualkan.

Difahamkan, skuad negara tidak turun berlatih atas arahan ketua jurulatihnya, Norizan Bakar setelah mendapati keadaan cuaca hujan di Petaling Jaya biarpun ia tidak begitu lebat dan tanpa kilat sabung-menyabung yang boleh membahayakan kesihatan dan keselamatan anak buahnya.

Percubaan untuk mendapatkan ulasan Norizan berhubung keputusan mengejut Tengku Abdullah itu turut menemui kegagalan sebagaimana gagalnya percaturan jurulatih itu dan anak buahnya dalam membolosi gawang Uzbekistan kelmarin sebelum dibelasah 5-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Selepas Malaysia dibelasah China 5-1, Selasa lalu, Timbalan Presiden FAM itu melahirkan rasa terkejut dengan kekalahan besar itu dan kecewa atas corak permainan serta taktikal Norizan untuk skuad negara sehingga mudah diperbudakkan lawan.

“Jika boleh, saya mahu menemui semua peminat bola sepak tempatan untuk memohon maaf atas kekalahan itu,” kata Tengku Abdullah yang pernah berkata, mahu menanti sehingga Kongres Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), September ini untuk mengumumkan pengundurannya secara rasmi.

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2ympfGn
© Utusan Melayu (M) Bhd


Demikianlah Artikel Skuad Malaysia ‘berkabung’ batalkan sesi latihan

Sekianlah artikel Skuad Malaysia ‘berkabung’ batalkan sesi latihan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Skuad Malaysia ‘berkabung’ batalkan sesi latihan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/10/skuad-malaysia-berkabung-batalkan-sesi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Skuad Malaysia ‘berkabung’ batalkan sesi latihan"

Catat Ulasan

Loading...