Loading...

Kes pukul Rela : Istana nafi kuniakan 'Datuk Seri' kepada ahli perniagaan cina ini

Loading...
Kes pukul Rela : Istana nafi kuniakan 'Datuk Seri' kepada ahli perniagaan cina ini - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kes pukul Rela : Istana nafi kuniakan 'Datuk Seri' kepada ahli perniagaan cina ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kes pukul Rela : Istana nafi kuniakan 'Datuk Seri' kepada ahli perniagaan cina ini
link : Kes pukul Rela : Istana nafi kuniakan 'Datuk Seri' kepada ahli perniagaan cina ini

Baca juga


Kes pukul Rela : Istana nafi kuniakan 'Datuk Seri' kepada ahli perniagaan cina ini


ALOR SETAR – Kedah tidak pernah menganugerahkan gelaran ‘Datuk Seri’ kepada individu yang didakwa baru-baru ini kerana memukul tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), seperti yang dilaporkan media.

Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Bijaya Indera Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata, ini kerana gelaran tersebut hanya dikurniakan secara terhad khas kepada kerabat diraja yang paling kanan, pembesar negeri dan individu yang banyak berjasa kepada negeri dan negara.

Loading...
“Banyak pihak mengambil kesimpulan bahawa individu yang ditangkap tersebut adalah penerima ‘Datuk Seri’ daripada Tuanku Sultan Kedah.

“Sukacita saya maklumkan bahawa Kedah tidak pernah menganugerahkan gelaran ‘Datuk Seri’ kepada penama tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada 3 November lepas, individu itu yang mendakwa ‘Datuk Seri’, Liow Soon Hee, 29, didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagi pertuduhan menyerang dan mencederakan tiga anggota Rela berkenaan, dibenar diikat jamin namun ditahan semula berhubung kes dadah.

Mengenai dakwaan bahawa individu terbabit memegang kad Ahli Kehormat Persatuan Kerabat Diraja Kedah, beliau memaklumkan bahawa persatuan itu telah dibatalkan pendaftarannya pada 2013 atas titah perintah almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang menjadi Sultan Kedah ketika itu.

“Antara sebab pembatalan tersebut adalah pemberian keahlian kepada mereka yang bukan Ahli Kerabat Diraja negeri Kedah,” katanya. – BERNAMA

Sumber : Friscomedia


Demikianlah Artikel Kes pukul Rela : Istana nafi kuniakan 'Datuk Seri' kepada ahli perniagaan cina ini

Sekianlah artikel Kes pukul Rela : Istana nafi kuniakan 'Datuk Seri' kepada ahli perniagaan cina ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kes pukul Rela : Istana nafi kuniakan 'Datuk Seri' kepada ahli perniagaan cina ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/11/kes-pukul-rela-istana-nafi-kuniakan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kes pukul Rela : Istana nafi kuniakan 'Datuk Seri' kepada ahli perniagaan cina ini"

Catat Ulasan

Loading...