Loading...
Judul : Alhamdulillah, pemimpin Umno ingat akhirat – Nik Nazmi
link : Alhamdulillah, pemimpin Umno ingat akhirat – Nik Nazmi
Alhamdulillah, pemimpin Umno ingat akhirat – Nik Nazmi
KEADILAN DAILY
Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Nik Nazmi Nik Ahmad mengingatkan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa pemimpin negara perlu menjawab di muka pengadilan akan tindak-tanduk mereka yang zalim dan korup di sunia ini.
Kenyataan itu dibuat Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK)tersebut sebagai respons kepada kenyataan Tengku Adnan yang mahu mengheret wartawan yang didakwa memutat belit kenyataan rakannya, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin pada perhimpunan agung Umno baru-baru ini.
“Alhamdulillah, ada pemimpin ingat akhirat. Makan wang rakyat, menzalimi rakyat pun kena jawab di akhirat,” katanya menerusi akaun Facebook beliau.
Hamzah baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila mendakwa kenaikan harga barang adalah kuasa Tuhan dan berlaku sejak zaman Rasulullah lagi.
Beliau kemudian mendakwa kenyataannya itu diputar belit media.
Mengulas perkara ini, Nik Nazmi ragu-ragu akan dakwaan Hamzah.
“Cuma pelik, bukan seorang wartawan tetapi ramai wartawan yang lapor ucapan menteri tentang harga barang tempoh hari.
“Ada konspirasi atau menteri kantoi?” kata Nik Nazmi
Demikianlah Artikel Alhamdulillah, pemimpin Umno ingat akhirat – Nik Nazmi
Sekianlah artikel Alhamdulillah, pemimpin Umno ingat akhirat – Nik Nazmi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Alhamdulillah, pemimpin Umno ingat akhirat – Nik Nazmi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/12/alhamdulillah-pemimpin-umno-ingat.html
0 Response to "Alhamdulillah, pemimpin Umno ingat akhirat – Nik Nazmi"
Catat Ulasan