Loading...

Pengkritik Dakwa Hukum Fahmi Reza Dek Kerana Karikatur Badut Keterlaluan !

Loading...
Pengkritik Dakwa Hukum Fahmi Reza Dek Kerana Karikatur Badut Keterlaluan ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pengkritik Dakwa Hukum Fahmi Reza Dek Kerana Karikatur Badut Keterlaluan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengkritik Dakwa Hukum Fahmi Reza Dek Kerana Karikatur Badut Keterlaluan !
link : Pengkritik Dakwa Hukum Fahmi Reza Dek Kerana Karikatur Badut Keterlaluan !

Baca juga


Pengkritik Dakwa Hukum Fahmi Reza Dek Kerana Karikatur Badut Keterlaluan !

GEORGE TOWN: Beberapa pengkritik menyifatkan hukuman penjara sebulan dan denda RM30,000 yang dijatuhkan ke atas kartunis terkenal, Fahmi Reza sebagai keterlaluan dan tidak boleh diterima.
Mahkamah Sesyen Ipoh semalam mendapati pereka grafik berusia 40 tahun itu bersalah di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana memuat naik poster satira menggambarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bermuka badut.
Di bawah akta itu, Fahmi didapati menyebarkan kandungan dalam talian yang dianggap “lucah, palsu, mengancam atau menyinggung perasaan dengan tujuan untuk menyakitkan hati, menyalahgunakan, mengugut atau mengganggu orang lain”.
Kartunis, Zunar menyifatkan hukuman itu melucukan dan tidak boleh diterima kerana Fahmi tidak melakukan sebarang kesalahan.
“Sebagai seorang kartunis, Fahmi melakukan kerjanya dengan baik. Ini ialah apa yang dilakukan kartunis, pereka grafik dan pelukis. Ini adalah amalan di seluruh dunia yang pelukis menyuarakan pendirian dan mengkritik kerajaan hari ini.
“Itu sebabnya saya dapati penghakiman itu tidak boleh diterima. Ia bertentangan prinsip kebebasan bersuara yang dijamin Perlembagaan Persekutuan kita.
“Ia adalah hak asasi bagi mana-mana pelukis untuk menyampaikan seninya. Inilah yang dilakukan Fahmi. Ia tidak salah. Ia adalah penghakiman sangat melucukan,” katanya ketika dihubungi.
Zunar yang turut disiasat kerana lukisan kartunnya, berharap keputusan mahkamah itu akan dijadikan motivasi untuk Fahmi menghasilkan lebih banyak kartun.
“Saya harap dia boleh terus buat lebih banyak (kartun) lagi. Dia perlu terus melakukan lebih banyak lagi. Ia adalah haknya sebagai seorang pelukis untuk bersuara mengikut caranya – sama ada menggunakan objek, haiwan atau watak kartun dalam seni, ia adalah amalan biasa.”
Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty (LFL), Eric Paulsen berkata ia adalah “sabitan mengarut dan hukuman sangat berat, semuanya hanya kerana karikatur satira PM yang dimuat naik di Facebook”.
“Kenapa perlu ada perlindungan khas untuk perdana menteri, seperti undang-undang derhaka Thailand yang dahsyat, apabila kita lihat semakin ramai orang disasarkan kerana kenyataan ‘menghina’ PM?
“Pihak berkuasa terlalu berminat dengan catatan tidak menyenangkan di media sosial. Ini adalah kemarahan yang dibuat dan diperbesarkan pemimpin Umno serta penyokong mereka untuk mewajarkan tindakan keras terhadap penentang seperti Fahmi,” katanya.
Dalam beberapa tweet sebelum ini, Paulsen berkata, walaupun benar kebebasan bersuara tidak mutlak dan ada batasan seperti hasutan untuk keganasan dan kenyataan berbentuk serangan peribadi, beliau mendapati had kebebasan bersuara perlu diturunkan.
“Tidak bertanggungjawab untuk pihak berkuasa terus menyasarkan (pengguna) media sosial yang dianggap ‘menghina’ apabila ada perkara lain yang lebih penting – seperti jenayah sebenar.
“Pihak berkuasa bertindak secara selektif dan tidak seimbang dalam menyasarkan penentang seperti Namewee & @kuasasiswa (Fahmi) dan tidak berbuat apa-apa terhadap individu pro-Umno seperti Datuk Ibrahim Ali, Ali Tinju dan sebagainya yang membuat kenyataan lebih bersifat hasutan,” menurut tweetnya.
Sementara itu, Fahmi menerusi catatan Facebooknya petang semalam berkata, beliau tidak setuju dengan hukuman dijatuhkan ke atasnya dan berikrar akan terus berjuang.
Katanya, beliau sudah memfailkan permohonan untuk mencabar keputusan itu di Mahkamah Tinggi Ipoh.
“Selepas 4 jam duduk dalam lokap, saya dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000. Hukuman penjara saya ditangguhkan sementara menunggu rayuan, tetapi saya masih perlu membayar denda RM30,000. Jika tidak, saya akan dipenjarakan 6 bulan,” demikian menurut catatan Facebooknya.
Katanya, walaupun beliau bertanggungjawab melukis muka badut itu, tetapi “kita semua memainkan peranan menyebar dan viralkan imej protes yang mengkritik rasuah di kalangan mereka yang berkuasa – sama ada atas talian atau di luar talian”. #sumber


Demikianlah Artikel Pengkritik Dakwa Hukum Fahmi Reza Dek Kerana Karikatur Badut Keterlaluan !

Sekianlah artikel Pengkritik Dakwa Hukum Fahmi Reza Dek Kerana Karikatur Badut Keterlaluan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pengkritik Dakwa Hukum Fahmi Reza Dek Kerana Karikatur Badut Keterlaluan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/02/pengkritik-dakwa-hukum-fahmi-reza-dek.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pengkritik Dakwa Hukum Fahmi Reza Dek Kerana Karikatur Badut Keterlaluan !"

Catat Ulasan

Loading...