Loading...

Pemimpin UMNO: Jumlah sumbangan kepada masjid bukti ekonomi makin baik

Loading...
Pemimpin UMNO: Jumlah sumbangan kepada masjid bukti ekonomi makin baik - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemimpin UMNO: Jumlah sumbangan kepada masjid bukti ekonomi makin baik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemimpin UMNO: Jumlah sumbangan kepada masjid bukti ekonomi makin baik
link : Pemimpin UMNO: Jumlah sumbangan kepada masjid bukti ekonomi makin baik

Baca juga


Pemimpin UMNO: Jumlah sumbangan kepada masjid bukti ekonomi makin baik


KEMAJUAN ekonomi dalam kalangan masyarakat, khususnya Melayu dan Islam yang berlaku di Parlimen Johor Bahru sudah jauh lebih berubah sekiranya dibandingkan pada masa terdahulu.

Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, jika diukur menggunakan kaedah ekonomi nasional atau perkiraan statistik perangkaan sofistikated, ia berkemungkinan sukar untuk difahami.

Menurutnya, bagaimanapun, kesemua perubahan dan kemajuan itu dapat dilihat oleh dirinya menerusi hasil sumbangan kepada masjid pada hari Jumaat yang semakin bertambah nilainya.

“Saya menyaksikan bagaimana lima tahun dahulu sebuah masjid mungkin kutipannya RM1,000, hari ini sudah jadi RM3,000.

“Ia menggambarkan kemampuan untuk menderma atau bersedekah meningkat setiap tahun.

“Jadi pada saya, ini bukti yang tak boleh menafikan. Mungkin orang kata ini (bukti kemajuan) tidak profesional, tetapi di peringkat kampung dan kariah, sudah jelas ianya satu fakta,” katanya.

Beliau berkata, jika sumbangan kepada masjid bukan menggambarkan kekuatan ekonomi masyarakat, bagaimana ia boleh meningkat.

“Pada saya itulah indeks ekonomi kampung yang kita buat. Indeks seperti ini.. perangkaan ekonomi kampung inilah yang sebenarnya jemaah atau kariah nampak.

“Jadi bila orang cakap keadaan susah.. duit tidak ada, tetapi faktanya jelas (kemampuan bersedekah) dan ia satu kebenaran. Kalau kita menafikan fakta, tak bermakna fakta itu tak wujud.

“Kita hanya menafikan, tetapi inilah fakta yang mana saya melihat dalam masa lima ke 10 tahun kebelakangan ini. Dia punya lonjakan dari segi kemampuan masyarakat bertambah kuat,” katanya.

Selain itu, menurutnya, jumlah pembayaran zakat tidak kira di peringkat negeri, negara atau di Parlimen Johor Bahru turut menunjukkan peningkatan.

“Begitu juga golongan yang pergi buat umrah dan haji, bertambah setiap tahun. Jadi maknanya kemampuan itu dah bertambah. Fakta ini tak boleh kita nafikan.

“Dari segi sudut itu maknanya kemajuan bangsa Melayu di Johor Bahru, dalam keadaan mereka dapat bertahan kehadiran mereka dalam bandar, mereka terus membangun juga. Tidak terpisah malah tidak terpinggir daripada pembangunan negara,” katanya.

Shahrir berkata, kemajuan ekonomi masyarakat Melayu dan Islam yang dicapai pada hari ini termasuklah di Parlimen Johor Bahru, sudah banyak berubah dan semua itu berlaku kerana strategi kerajaan ketika kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Pembangunan bukan hanya tertumpu di Kuala Lumpur, sebaliknya kembali seperti cara Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein melakukannya iaitu pembangunan yang seimbang antara bandar dan luar bandar serta antara wilayah dengan wilayah.

“Strategi pembangunan negara beralih dari zaman Tun Dr Mahathir Mohamad yang lebih fokus kepada Lembah Klang dan Kuala Lumpur kepada pembangunan yang lebih seimbang.

“Sehinggakan selatan Johor sendiri mempunyai kawasan wilayah pembangunan iaitu Wilayah Pembangunan Iskandar,” katanya. - SH


Demikianlah Artikel Pemimpin UMNO: Jumlah sumbangan kepada masjid bukti ekonomi makin baik

Sekianlah artikel Pemimpin UMNO: Jumlah sumbangan kepada masjid bukti ekonomi makin baik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemimpin UMNO: Jumlah sumbangan kepada masjid bukti ekonomi makin baik dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/03/pemimpin-umno-jumlah-sumbangan-kepada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pemimpin UMNO: Jumlah sumbangan kepada masjid bukti ekonomi makin baik"

Catat Ulasan

Loading...