Loading...
Judul : PRU14: Abang Bekas Exco, ADUN Jadi Calon PAS Di DUN N.24 Luit !
link : PRU14: Abang Bekas Exco, ADUN Jadi Calon PAS Di DUN N.24 Luit !
PRU14: Abang Bekas Exco, ADUN Jadi Calon PAS Di DUN N.24 Luit !
MARAN: Tindakan PAS Pahang memilih abang kepada bekas Exco dan ADUN Luit, untuk bertanding di kerusi DUN N.24 Luit dekat sini memberi tamparan hebat kepada BN untuk mempertahankan kerusi itu.
Pada Majlis Pengisytiharan Calon Gagasan Sejahtera di Cenderawasih, Kuantan baru-baru ini PAS menamakan Mohd Soffian Abd Jalil sebagai calon DUN Luit.
Difahamkan, Soffian adalah merupakan abang kepada Dato' Dr. Hj Ahmad Munawar, yang pernah menjadi wakil rakyat di kawasan itu selama tiga penggal sejak PRU10 (1999).
Tempat beliau digantikan oleh Ketua Puteri UMNO Maran, Nurhidayah Shahaimi pada PRU13 lalu. Keputusan tersebut mendapat bantahan dari kalangan penyokong kuat Munawar, hingga menyebabkan BN hanya menang dengan majoriti tipis 401 undi.
Malah, kecoh juga mengatakan Munawar akan sertai PKR selepas itu. Namun beliau menafikan dan hanya beberapa orang penyokong kuatnya sahaja yang bertindak keluar UMNO untuk sertai PKR di Maran.
Keputusan PAS menamakan abang Munawar untuk bertanding kerusi tersebut pada kali ini adalah sesuatu yang mengejutkan. Tambahan pula jumlah penundi berdaftar di DUN Luit kali ini berkurangan dari 11,206 pengundi pada PRUI13 kepada 11,109 pada PRU14 ini.
Pastinya pertembungan sengit bakal dapat disaksikan di DUN Luit kali ini. #PDO
Demikianlah Artikel PRU14: Abang Bekas Exco, ADUN Jadi Calon PAS Di DUN N.24 Luit !
Sekianlah artikel PRU14: Abang Bekas Exco, ADUN Jadi Calon PAS Di DUN N.24 Luit ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PRU14: Abang Bekas Exco, ADUN Jadi Calon PAS Di DUN N.24 Luit ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/04/pru14-abang-bekas-exco-adun-jadi-calon.html
0 Response to "PRU14: Abang Bekas Exco, ADUN Jadi Calon PAS Di DUN N.24 Luit !"
Catat Ulasan