Loading...

Anwar Dakwa Beliau Terima Dua Panggilan Dari Najib Pada Malam 9 Mei

Loading...
Anwar Dakwa Beliau Terima Dua Panggilan Dari Najib Pada Malam 9 Mei - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anwar Dakwa Beliau Terima Dua Panggilan Dari Najib Pada Malam 9 Mei, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anwar Dakwa Beliau Terima Dua Panggilan Dari Najib Pada Malam 9 Mei
link : Anwar Dakwa Beliau Terima Dua Panggilan Dari Najib Pada Malam 9 Mei

Baca juga


Anwar Dakwa Beliau Terima Dua Panggilan Dari Najib Pada Malam 9 Mei


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri yang dijatuhkan baru-baru ini, Datuk Seri Najib Razak “sangat sedih” pada malam beliau kalah pilihan raya dan membuat panggilan kepada lawannya yang dipenjara, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebanyak dua kali bagi mendapatkan nasihat berhubung apa yang beliau harus lakukan, kata Anwar hari ini.

Najib dihadapkan dengan kekalahan mengejut yang mengakhiri pemerintahan Barisan Nasional (BN) yang mentadbir Malaysia selama lebih enam dekad.

Kekalahan BN pada pilihan raya 9 Mei baru-baru ini dikatakan kerana kemarahan rakyat terhadap korupsi dan kerjasama antara Tun Dr Mahathir Mohamad yang berusia 92 tahun dan bekas musuhnya, Anwar, yang bersatu untuk menggulingkan Najib.

Anwar yang diberikan pengampunan penuh dan dibebaskan daripada hukuman penjara atas sabitan meliwat pada Rabu lalu berkata, beliau menerima 2 panggilan telefon daripada Najib.

“Semasa beliau telefon pada malam pilihan raya, saya menasihati beliau sebagai seorang kawan meminta dia menerima kekalahan dan teruskan kehidupan,” kata Anwar kepada Reuters di kediamannya di pinggir Kuala Lumpur.

Anwar menasihati Najib agar segera mengeluarkan kenyataan daripada menangguh perkara itu dan dipandang seolah-olah mahu melarikan diri daripada proses itu.

Najib bagaimanapun, tidak mengeluarkan sebarang kenyataan walaupun Dr Mahathir sudah mengisytiharkan kemenangan beberapa jam selepas pengiraan undi bermula.

Pada sidang akhbar keesokan harinya, Najib berkata tiada satu pun parti mencapai majoriti mudah dan Yang di-Pertuan Agong akan memutuskan siapa yang akan membentuk kerajaan.

“Beliau bersikap sangat mengelak… beliau enggan mengaku kalah,” kata Anwar berkenaan perbincangannya pada malam pilihan raya.

Beliau berkata Najib pada masa itu sedang berfikir apa yang boleh dilakukan dan siapa yang boleh nasihati beliau. Tetapi Anwar menegaskan, bekas perdana menteri itu tidak mendekatinya untuk membuat satu urus janji “secara serius”.

“Jika beliau merujuknya sebagai satu perjanjian sekali pun, saya tetap akan mengabaikannya…Saya hanya mendengar rintihannya,” kata Anwar semasa disoal jika Najb membuat sebarang tawaran untuk beliau berpaling daripada Pakatan Harapan.


“Selepas panggilan ke-2, beliau sangat sedih,” katanya.

Najib tidak dapat dihubungi untuk komen.

“Dalam pertarungan sengit antara 2 gabungan, ia perkara biasa untuk seorang pemimpin cuba menarik ahli daripada pihak lawan,” kata Adib Zalkapli, penganalisis yang berpangkalan di Kuala Lumpur dari syarikat rundingan risiko, Vriens & Partners.

Khairy Jamaluddin, bekas menteri belia dan sukan semasa kerajaan bawah pimpinan Najib, melawat Najib di rumahnya pada malam pilihan raya dan berkata minggu ini bekas perdana menteri itu kelihatan “tenang” dan “yakin”, tetapi orang di sekelilingnya kelihatan “terkejut, terperanjat dan sedih”.

Khairy tidak dapat dihubungi hari ini untuk memberi ulasan. Jurucakap bagi pihak Khairy enggan memberi ulasan berhubung kenyataan Anwar.

BN hanya berjaya memenangi 79 daripada 222 kerusi Parlimen, sementara itu, PKR memenangi 50 kerusi.

Tahun lepas, Najib melawat Anwar di hospital semasa beliau dalam proses pemulihan daripada pembedahan bahu. Pertemuan itu menimbulkan desas-desus 2 pemimpin itu mungkin akan bersatu untuk menentang Dr Mahathir, tetapi disangkal serta-merta oleh pasukan Anwar.

Orang yang tepat

Dr Mahathir yang mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Khamis lalu, mendapatkan pengampunan diraja untuk Anwar, dan berjanji untuk memberi laluan kepada Anwar untuk menjadi perdana menteri.

Hubungan antara 2 tokoh politik itu sudah berlarutan selama 3 dekad.

Anwar berkata, sememangnya sudah diterima yang beliau akan menjadi perdana meneri selepas Dr Mahathir meletakkan jawatan, tetapi beliau mahukan peralihan yang lancar.

“Dr Mahathir baru sahaja mentadbir selama seminggu, jadi tidak elok untuk bercakap berkenaan peralihan serta-merta. Biarkan Dr Mahathir mentadbir,” kata Anwar. Beliau tidak memberikan sebarang tempoh masa.

Anwar ialah timbalan Dr Mahathir pada 1990-an, tetapi dipecat oleh mentornya semasa krisis kewangan 1997-1999.

Beliau kemudiannya dibuang daripada parti pemerintah pada masa itu dan mengasaskan gerakan reformasi, mencabar kerajaan Dr Mahathir. Dalam masa beberapa minggu sahaja, beliau ditahan dan dipenjara atas tuduhan liwat dan korupsi yang dipertikaikan.

Selepas dibebaskan pada 2004, Anwar dipenjara kali ke-2 atas tuduhan meliwat pada 2015, semasa Najib memerintah.

Pada kedua-dua peristiwa tersebut, beliau dan penyokongnya berkata tuduhan tersebut didorong politik.

Dr Mahathir sesuai sebagai perdana menteri sekarang kerana kerajaan baru mahu mengubah dan merombak sistem korup yang diamalkan oleh gabungan yang diketuai Umno, kata Anwar.

Politik berdasarkan kaum dan sistem naungan diamalkan Umno dikecam oleh pengkritik dan disalahkan sebagai sebab perkhidmatan awam yang terlalu besar dan institusi seperti badan kehakiman yang lemah.

“Mungkin beliaulah paling sesuai…saya mungkin sedikit sederhana dan mempunyai imej lebih lembut,” kata Anwar.

“Kerana saya pernah rasa terseksa, saya selalu fikir jika apa-apa keputusan akan menyebabkan penderitaan kepada mereka yang terjejas. Saya juga lebih bertimbang rasa…dan mungkin tidak begitu sesuai pada waktu ini apabila kita perlu memastikan elemen rejim lama tidak timbul semula.”

Anwar dan partinya sebelum ini mengalami cabaran untuk memperoleh kuasa akibat sistem pilihan raya dan institusi kerajaan yang banyak membantu parti pemerintah.

Katanya, rejim lama sudah dimusnahkan, tetapi kerajaan baru tidak boleh anggap ia akan sentiasa mendapat tahap sokongan dan kegembiraan orang ramai seperti yang dilihat minggu lepas.

“Berdasarkan perbincangan saya dengan Dr Mahathir pagi ini, nampaknya itulah sentimennya…kita harus laksanakan (janji),” he said.

“Saya sudah sampaikan mesej saya. Saya tidak mahu UMNO 2.0.” #sumber



Demikianlah Artikel Anwar Dakwa Beliau Terima Dua Panggilan Dari Najib Pada Malam 9 Mei

Sekianlah artikel Anwar Dakwa Beliau Terima Dua Panggilan Dari Najib Pada Malam 9 Mei kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anwar Dakwa Beliau Terima Dua Panggilan Dari Najib Pada Malam 9 Mei dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/05/anwar-dakwa-beliau-terima-dua-panggilan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Anwar Dakwa Beliau Terima Dua Panggilan Dari Najib Pada Malam 9 Mei"

Catat Ulasan

Loading...