Loading...
Judul : Anwar Ibrahim "Menang" Saman TV3 Ftnah Kes Dalang Lahad Datu
link : Anwar Ibrahim "Menang" Saman TV3 Ftnah Kes Dalang Lahad Datu
Anwar Ibrahim "Menang" Saman TV3 Ftnah Kes Dalang Lahad Datu
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi memerintahkan Sistem Televisyen (M) Berhad (TV3) membayar ganti rugi berjumlah RM1.1 juta kepada bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas didapati bertanggungjawab memfitnah dan mengaitkannya sebagai dalang dalam kes pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.
Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim memerintahkan TV3 selaku defendan membayar RM600,000 bagi ganti rugi am dan RM250,000 masing-masing bagi ganti rugi teladan dan teruk terhadap Anwar selaku plaintif.
Pada 8 Mac 2013, Anwar memfailkan saman dengan menamakan Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB), Ketua Pengarang Kumpulannya, Datuk Abdul Aziz Ishak; TV3; Pengarang Urusan Kumpulan, Berita dan Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen dan Radio, Media Prima Bhd., Datuk Shaharudin Abd. Latif dan Pengarang Berita Buletin Utama, Ing Boon Seng sebagai defendan pertama hingga kelima.
Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar selaku plaintif menyatakan, Utusan Malaysia bertarikh 2 Mac 2013 di muka hadapannya, menyiarkan artikel bertajuk Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan? dan di muka surat sembilan pula bertajuk Tiga kumpulan jadi dalang.
Plaintif menyatakan, defendan ketiga hingga kelima, antara pukul 8 dan 9 malam, hari yang sama dalam Buletin Utama, TV3 turut menyiarkan berita mengenai pencerobohan di Lahad Datu.
Pada 5 Oktober 2016, Anwar berjaya menyelesaikan kes saman itu terhadap UMMB dan Ketua Pengarangnya selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk penyelesaian.
Dalam prosiding itu, plaintif diwakili peguam Datuk S. Ambiga manakala defendan diwakili peguam Lim Qi Si. #sumber
Demikianlah Artikel Anwar Ibrahim "Menang" Saman TV3 Ftnah Kes Dalang Lahad Datu
Sekianlah artikel Anwar Ibrahim "Menang" Saman TV3 Ftnah Kes Dalang Lahad Datu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Anwar Ibrahim "Menang" Saman TV3 Ftnah Kes Dalang Lahad Datu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/05/anwar-ibrahim-menang-saman-tv3-ftnah.html

0 Response to "Anwar Ibrahim "Menang" Saman TV3 Ftnah Kes Dalang Lahad Datu"
Catat Ulasan