Loading...

Anwar "Tegaskan" Anaknya, Nurul Izzah Tidak Mahu Jawatan Kabinet

Loading...
Anwar "Tegaskan" Anaknya, Nurul Izzah Tidak Mahu Jawatan Kabinet - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anwar "Tegaskan" Anaknya, Nurul Izzah Tidak Mahu Jawatan Kabinet, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anwar "Tegaskan" Anaknya, Nurul Izzah Tidak Mahu Jawatan Kabinet
link : Anwar "Tegaskan" Anaknya, Nurul Izzah Tidak Mahu Jawatan Kabinet

Baca juga


Anwar "Tegaskan" Anaknya, Nurul Izzah Tidak Mahu Jawatan Kabinet


KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan anaknya, Nurul Izzah, tidak berhasrat untuk menyertai Kabinet walaupun memegang jawatan kanan dalam parti komponen kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Penegasan itu dibuat dalam sesi temu bual program 101 East terbitan stesen TV Aljazeera yang disiarkan pagi tadi sebagai menjawab pertanyaan wartawan kemungkinan mereka membina dinasti politik keluarga jika Nurul Izzah dilantik dalam Kabinet bersama ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar berkata, keputusan Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dibuat oleh anaknya dan dimaklumkan kepada parti.

"Wan Azizah ialah presiden parti...anak perempuan saya sudah memberitahu parti bahawa dia tidak bercadang menyertai Kabinet walaupun dia adalah pemimpin paling kanan selepas Timbalan Presiden yang sekarang menjadi Menteri Besar.

"Dia (Nurul Izzah) berada pada kedudukan paling kanan dalam parti tetapi enggan (diberikan jawatan Kabinet). Apabila saya mengambil alih jawatan Perdana Menteri, Azizah akan meletakkan jawatan. Itulah juga pemahaman yang diketahui secara umum," katanya.

Selain jawatan Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR memegang portfolio Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga.

Sementara itu, ditanya sama ada beliau percaya dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertanggungjawab menyebabkan beliau dipenjarakan dan dianggap secara moral tidak layak mentadbir, Anwar berkata ia ada sejarah 20 tahun lalu dan tindakannya itu berdasarkan pertimbangan untuk melindungi dan menyelamatkan negara daripada rasuah, sekali gus membuat perubahan.

"Sebagai seorang Muslim dan seorang manusia, saya terimanya secara positif. Ia sentiasa menjadi prinsip bahawa sesiapa yang mahu membuat perdamaian dengan anda, anda harus menerima dengan semangat yang betul. Tetapi bolehkah kita percaya? Ia mengambil masa. Ia adalah satu keputusan yang sangat menyakitkan. Ia adalah satu keputusan yang sukar," katanya.

Mengulas sama ada pembentukan kerajaan baharu PH disebabkan gabungan empat parti pembangkang itu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) atau disebabkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak tumbang, Anwar berkata ia adalah gabungan kedua-dua faktor.

Beliau berkata, kemenangan itu adil kerana pakatan pembangkang bekerja keras selepas PRU 2008 berakhir sehingga memenangi undi majoriti pada PRU 2013.

Ditanya adakah pelantikan lima jawatan tertinggi dalam kerajaan yang diterajui satu kaum sebagai satu permulaan yang tepat dalam melahirkan politik Malaysia baharu, Anwar berkata rakyat negara ini majoritinya Melayu Bumiputera melebihi 60 peratus daripada jumlah penduduk.

"Namun portfolio utama iaitu Menteri Kewangan diberikan kepada pemimpin Cina, (Lim Guan Eng). Apa yang penting ialah semua pemimpin ini adalah rakyat Malaysia.

"Menteri Kewangan adalah orang Cina tetapi dia orang Malaysia, yang berfikir seperti rakyat Malaysia, yang ada untuk melindungi kepentingan ekonomi Malaysia dan rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Anwar "Tegaskan" Anaknya, Nurul Izzah Tidak Mahu Jawatan Kabinet

Sekianlah artikel Anwar "Tegaskan" Anaknya, Nurul Izzah Tidak Mahu Jawatan Kabinet kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anwar "Tegaskan" Anaknya, Nurul Izzah Tidak Mahu Jawatan Kabinet dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/05/anwar-tegaskan-anaknya-nurul-izzah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Anwar "Tegaskan" Anaknya, Nurul Izzah Tidak Mahu Jawatan Kabinet"

Catat Ulasan

Loading...