Loading...

Azam Baki: "Kes SRC", Najib Razak Di Kehendaki Hadir Ke Ibu Pejabat SPRM

Loading...
Azam Baki: "Kes SRC", Najib Razak Di Kehendaki Hadir Ke Ibu Pejabat SPRM - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azam Baki: "Kes SRC", Najib Razak Di Kehendaki Hadir Ke Ibu Pejabat SPRM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azam Baki: "Kes SRC", Najib Razak Di Kehendaki Hadir Ke Ibu Pejabat SPRM
link : Azam Baki: "Kes SRC", Najib Razak Di Kehendaki Hadir Ke Ibu Pejabat SPRM

Baca juga


Azam Baki: "Kes SRC", Najib Razak Di Kehendaki Hadir Ke Ibu Pejabat SPRM


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menolak kenyataan peguam Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Harpal Singh Grewal yang menyatakan bahawa pegawai suruhanjaya itu akan hadir ke rumah bekas Perdana Menteri itu untuk merakam percakapannya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata, sebaliknya Najib dikehendaki hadir ke ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya pada Selasa ini.

"Dalam notis yang diserahkan kepada Najib semalam telah dinyatakan dengan jelas bahawa beliau perlu hadir ke Ibu Pejabat SPRM untuk dirakam percakapannya," kata Azam dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata Najib dikehendaki hadir bagi membantu siasatan SPRM melibatkan kes SRC International Sdn Bhd.

Harpal hari ini dilaporkan berkata SPRM dijadual mengambil keterangan Najib, pada pukul 8 pagi Selasa ini di kediamannya di Langgak Duta, di sini.

Semalam, sepasukan pegawai SPRM berkunjung ke rumah Najib bagi menghantar notis meminta Anggota Parlimen Pekan itu hadir ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan pada Selasa bagi membantu siasatan kes melibatkan SRC International.

SRC International ialah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Pada 26 Jan 2016, media melaporkan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan bahawa tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan Najib berkaitan kes melibatkan dana RM2.6 bilion dan SRC International. #sumber


Demikianlah Artikel Azam Baki: "Kes SRC", Najib Razak Di Kehendaki Hadir Ke Ibu Pejabat SPRM

Sekianlah artikel Azam Baki: "Kes SRC", Najib Razak Di Kehendaki Hadir Ke Ibu Pejabat SPRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Azam Baki: "Kes SRC", Najib Razak Di Kehendaki Hadir Ke Ibu Pejabat SPRM dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/05/azam-baki-kes-src-najib-razak-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Azam Baki: "Kes SRC", Najib Razak Di Kehendaki Hadir Ke Ibu Pejabat SPRM"

Catat Ulasan

Loading...