Loading...

Kerajaan Pakatan Harapan Buat Persepsi Buruk Terhadap MCKIP

Loading...
Kerajaan Pakatan Harapan Buat Persepsi Buruk Terhadap MCKIP - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Pakatan Harapan Buat Persepsi Buruk Terhadap MCKIP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Pakatan Harapan Buat Persepsi Buruk Terhadap MCKIP
link : Kerajaan Pakatan Harapan Buat Persepsi Buruk Terhadap MCKIP

Baca juga


Kerajaan Pakatan Harapan Buat Persepsi Buruk Terhadap MCKIP


KUANTAN: Pelbagai spekulasi buruk dibuat  Pakatan Harapan (Harapan) terhadap projek Taman Perindustrian Malaysia - China (MCKIP) di Gebeng  sebelum ini sehingga menimbulkan pelbagai polemik.

Adun Beserah, Andansura Rabu berkata,  kenyataan dikeluarkan Hrapan berhubung MCKIP seperti mahu membatalkan projek berkenaan adalah sesuatu yang membuta-tuli.

Menurutnya, lebih banyak persepsi negatif dicanang mereka bagi menarik sokongan pengundi pada PRU14.

"Tapi realitinya, adakah projek itu akan dihentikan  kerajaan sedangkan semalam pihak MCKIP membuat temuduga terbuka kepada anak muda tempatan.

"Kita akui MCKIP ini memberi pelaburan yang besar dan menyediakan peluang pekerjaan yang banyak kepada warga tempatan,"katanya.

Andansura yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri berkata, perkara yang perlu dipertikai, boleh dilakukan tetapi yang baik jangan dinafikan.

Justeru katanya, tindak tanduk kerajaan baharu yang memutar- belitkan situasi kini sedang dinilai masyarakat.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota , Datuk Mustaffar Kamal Ab Hamid berkata, itulah perkara yang melucukan apabila kerajaan membuat janji-janji politik.
"Jika projek ini ditutup, ribuan anak tempatan akan kehilangan kerja.

"Malah pada sesi temuduga semalam, kita boleh lihat berapa ramai yang hadir untuk memohon kerja,"katanya.

Tular di media sosial semalam yang menunjukkan ribuan anak muda Kuantan membanjiri MCKIP bagi merebut peluang pekerjaan yang ditawarkan.

Sebelum ini Harapan  membuat spekulasi bahawa BN menjual tanah kepada China melalui projek MCKIP dan kononnya dijadikan kawasan eksklusif iaitu rakyat Malaysia dilarang memasukinya.

Projek MCKIP di Gebeng melibatkan nilai pelaburan RM10.5 bilion yang menawarkan sebanyak 8,500 peluang pekerjaan.

MCKIP yang merupakan taman perindustrian berstatus nasional pertama di negara ini menandakan babak baharu hubungan antara Malaysia-China. MCKIP  terletak di tapak seluas 600 hektar di Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER SEZ). #sumber



Demikianlah Artikel Kerajaan Pakatan Harapan Buat Persepsi Buruk Terhadap MCKIP

Sekianlah artikel Kerajaan Pakatan Harapan Buat Persepsi Buruk Terhadap MCKIP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Pakatan Harapan Buat Persepsi Buruk Terhadap MCKIP dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/05/kerajaan-pakatan-harapan-buat-persepsi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kerajaan Pakatan Harapan Buat Persepsi Buruk Terhadap MCKIP"

Catat Ulasan

Loading...