Loading...
Judul : Kes "Altantuya", Sirul Sedia Dedah Semua Andai Di Beri Pengampunan !
link : Kes "Altantuya", Sirul Sedia Dedah Semua Andai Di Beri Pengampunan !
Kes "Altantuya", Sirul Sedia Dedah Semua Andai Di Beri Pengampunan !
Dalam temubual dengan Malaysiakini dari Australia, beliau mengucapkan tahniah kepada Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kemenangan mereka dalam pilihan raya umum 9 Mei lepas.
Katanya, beliau bersedia membantu kerajaan baru itu dengan “mendedahkan peristiwa sebenar dengan syarat kerajaan memberi (saya) pengampunan penuh.”
Sirul melarikan diri ke Australia selepas beliau dan bekas cif inspektor, Azilah Hadri didapati bersalah membunuh Altantuya di sebuah hutan di Subang pada 2016 dengan badannya diletupkan menggunakan bahan peledak.
Sirul ditahan di pusat tahanan imigresen Australia di Sydney sejak 3 tahun lalu, sementara Azilah menunggu hukuman mati di Penjara Kajang.
Kes pembunuhan itu dikaitkan dengan pembelian 2 kapal selam jenis Scorpene buatan Perancis dan dakwaan penerimaan komisen oleh rakan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang merupakan menteri pertahanan ketika itu.
Sirul, bekas pegawai polis yang ditugaskan menjadi pengiring VIP, mengaku pernah berkhidmat di bawah Dr Mahathir dan Anwar. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Anwar yang mendesak diadakan perbicaraan baru mengenai kes tersebut minggu ini.
Sirul sebelum ini berkata, saksi utama kes itu, DSP Musa Safri, bekas pengiring Najib, tidak dipanggil untuk memberi keterangan.
Semalam, presiden Mongolia mendesak kerajaan baru Malaysia membuka semula kes berkenaan.
Seorang peguam jenayah kanan mencadangkan 2 bekas polis itu dipanggil sebagai saksi kerajaan, sementara pemimpin DAP, Ramkarpal Singh menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi mencari kebenaran di sebalik pembunuhan itu. #sumber
Demikianlah Artikel Kes "Altantuya", Sirul Sedia Dedah Semua Andai Di Beri Pengampunan !
Sekianlah artikel Kes "Altantuya", Sirul Sedia Dedah Semua Andai Di Beri Pengampunan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kes "Altantuya", Sirul Sedia Dedah Semua Andai Di Beri Pengampunan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/05/kes-altantuya-sirul-sedia-dedah-semua.html
0 Response to "Kes "Altantuya", Sirul Sedia Dedah Semua Andai Di Beri Pengampunan !"
Catat Ulasan