Loading...

Khaled: UMNO Johor Mahu Semua Jawatan Parti Di Pertandingkan

Loading...
Khaled: UMNO Johor Mahu Semua Jawatan Parti Di Pertandingkan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Khaled: UMNO Johor Mahu Semua Jawatan Parti Di Pertandingkan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Khaled: UMNO Johor Mahu Semua Jawatan Parti Di Pertandingkan
link : Khaled: UMNO Johor Mahu Semua Jawatan Parti Di Pertandingkan

Baca juga


Khaled: UMNO Johor Mahu Semua Jawatan Parti Di Pertandingkan


JOHOR BAHRU: Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor memutuskan semua peringkat jawatan dalam parti itu mesti dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.

Pengerusi Perhubungan UMNO  Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan tersebut dicapai pada Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Johor yang diadakan petang ini.

"Kita setuju semua peringkat jawatan mesti dipertandingakan. Pada kita, ini peluang bagi UMNO untuk lakukan pembaharuan dan mempamerkan kesungguhan untuk berubah," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan.

Hadir sama, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO  Johor, Datuk Md Jais Sarday; Ketua Penerangan UMNO  Johor, Datuk Samsolbari Jamali dan Ketua Wanita UMNO  Johor, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain.

Mohamed Khaled berkata, mereka dipilih menjadi pemimpin diharapkan melakukan perubahan secara besar-besaran terhadap parti yang ditunjangi orang Melayu itu.

"Kita hendak supaya yang dipilih bawa soal perubahan dan pembinaan memulihkan semula UMNO  secara besar besaran...dari segi struktur organisasi, perjalanan, tawaran kepada rakyat Malaysia dan orang Melayu. Ini yang kita bincang dan capai hari ini," katanya.

Sementara itu, Mohamed Khaled turut mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut yang juga Ketua UMNO  Pontian Datuk Ir Hasni Mohammad sebagai Ketua Pembangkang BN di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Mohamed Khaled berkata, sehubungan itu, pihaknya berharap kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan mengiktiraf dan memberi layanan sebaiknya kepada Hasni.

"Seperti sedia maklum, Pakatan Harapan mahu sistem dua parti dalam negara, oleh demikian, kami harap mereka mengiktiraf dan memberi layanan kepada Ketua Pembangkang dari BN," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Khaled: UMNO Johor Mahu Semua Jawatan Parti Di Pertandingkan

Sekianlah artikel Khaled: UMNO Johor Mahu Semua Jawatan Parti Di Pertandingkan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Khaled: UMNO Johor Mahu Semua Jawatan Parti Di Pertandingkan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/05/khaled-umno-johor-mahu-semua-jawatan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Khaled: UMNO Johor Mahu Semua Jawatan Parti Di Pertandingkan"

Catat Ulasan

Loading...