Loading...
Judul : Kontroversi UiTM: P Waytha Moorthy Dakwa Hindraf 2.0 Bukan Hindraf Asal
link : Kontroversi UiTM: P Waytha Moorthy Dakwa Hindraf 2.0 Bukan Hindraf Asal
Kontroversi UiTM: P Waytha Moorthy Dakwa Hindraf 2.0 Bukan Hindraf Asal
Pengerusi Hindraf, P Waytha Moorthy juga menafikan bahawa pertubuhan itu mempunyai nama Hindraf 2.0.
Beliau berkata, P Uthayakumar yang merupakan Ketua Umum Hindraf 2.0 sudah tidak terlibat dengan sebarang aktiviti bersama Hindraf sejak 2008 atas tujuan mahu menubuhkan parti politik miliknya sendiri.
“Hindraf mahu memperbetulkan bahawa kami tidak pernah menghantar sebarang memorandum atau tuntutan terhadap kerajaan, Majlis Penasihat Kerajaan atau Jawatankuasa Pembaharuan Institusi seperti yang dilaporkan media.
“Tindakan Uthayakumar itu menyebabkan kekeliruan, rasa marah, benci di kalangan rakyat,” katanya melalui kenyataan media hari ini.
Beliau berkata, Hindraf selama ini berjaya dalam kempen Tiada Undi Untuk BN sejak dua tahun lalu ditambah dengan kerjasama bersama Tun Dr Mahathir Mohamad sejak setahun lalu sehingga Harapan berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan.
“Saya mahu katakan dengan jelas kepada Uthayakumar. Peperangan menumpaskan BN sudah berakhir. Dia perlu menghentikan konfrontasi itu dan menyertai orang lain yang bekerja kuat untuk membina Malaysia baharu.
“Mahathir juga sudah memberi komitmennya kepada Hindraf untuk membantu menyelesaikan isu-isu selama ini dan Hindraf sedang bekerjasama bersamanya dengan pemimpin tertinggi Harapan,” katanya.
Dalam masa sama, beliau turut mempelawa Uthayakumar supaya menyertai Hindraf secara rasmi.
“Mewujudkan kekeliruan dengan dua nama pertubuhan yang hampir serupa tidak mendatangkan sebarang kebaikan terhadap perjuangan sekian lama Hindraf,” katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Kontroversi UiTM: P Waytha Moorthy Dakwa Hindraf 2.0 Bukan Hindraf Asal
Sekianlah artikel Kontroversi UiTM: P Waytha Moorthy Dakwa Hindraf 2.0 Bukan Hindraf Asal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kontroversi UiTM: P Waytha Moorthy Dakwa Hindraf 2.0 Bukan Hindraf Asal dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/05/kontroversi-uitm-p-waytha-moorthy-dakwa.html
0 Response to "Kontroversi UiTM: P Waytha Moorthy Dakwa Hindraf 2.0 Bukan Hindraf Asal"
Catat Ulasan