Loading...

Lim Guan Eng Berjanji Beliau Akan Dedah Penyata Kewangan Negara

Loading...
Lim Guan Eng Berjanji Beliau Akan Dedah Penyata Kewangan Negara - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lim Guan Eng Berjanji Beliau Akan Dedah Penyata Kewangan Negara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lim Guan Eng Berjanji Beliau Akan Dedah Penyata Kewangan Negara
link : Lim Guan Eng Berjanji Beliau Akan Dedah Penyata Kewangan Negara

Baca juga


Lim Guan Eng Berjanji Beliau Akan Dedah Penyata Kewangan Negara


GEORGE TOWN: Lim Guan Eng, yang dinamakan sebagai Menteri Kewangan oleh perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berjanji akan mendedahkan semua maklumat berkaitan Penyata Kewangan Negara.

Guan Eng berkata, beliau akan  meneliti semua Penyata Kewangan Negara bagi memastikan ia tepat dan benar sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini selepas selesai mengangkat sumpah jawatannya pada Isnin.

Tambahnya, ada beberapa perkara yang perlu disemak dengan berhati-hati kerana ia tidak seperti yang diwar-warkan kerajaan sebelum ini.

Sementara itu, ditanya mengenai pemansuhan tol di Jambatan Pulau Pinang, Guan Eng berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan memastikan semua janji yang dibuat di dalam Manifesto PH pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) yang lalu akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari.

Bagaimanapun buat masa ini tumpuan adalah kepada meneliti Penyata Kewangan Negara terlebih dahulu.

"Kita kena beri pertimbangan kepada Penyata Kewangan Negara, sama ada ia tepat atau tidak, kita kena buat semakan dan teliti, kerana apa yang saya lihat, kita kena berhati-hati.

"Ini supaya kita dapat yang sepenuhnya (Penyata Kewangan Negara) kerana kita hendak pastikan maklumat atau fail yang tidak didedahkan, kita 'open book system'," katanya selepas merasmikan replika kapal angkasa dari China bernilai RM1 juta yang dipamerkan di Pusat Sains Tech Dome di Komtar, di sini hari ini.

Sebelum ini Guan Eng berkata, beliau akan memastikan 'kesihatan' kewangan negara dapat dipulihkan selepas kerajaan PH mengambil alih tampuk pentadbiran daripada Barisan Nasional pada PRU14. #sumber


Demikianlah Artikel Lim Guan Eng Berjanji Beliau Akan Dedah Penyata Kewangan Negara

Sekianlah artikel Lim Guan Eng Berjanji Beliau Akan Dedah Penyata Kewangan Negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lim Guan Eng Berjanji Beliau Akan Dedah Penyata Kewangan Negara dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/05/lim-guan-eng-berjanji-beliau-akan-dedah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Lim Guan Eng Berjanji Beliau Akan Dedah Penyata Kewangan Negara"

Catat Ulasan

Loading...