Loading...
Judul : M Kula: Kadar "Gaji Yang Rendah" Faktor "Rakyat Malaysia" Memilih Kerja
link : M Kula: Kadar "Gaji Yang Rendah" Faktor "Rakyat Malaysia" Memilih Kerja
M Kula: Kadar "Gaji Yang Rendah" Faktor "Rakyat Malaysia" Memilih Kerja
PUTRAJAYA: Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran mendedahkan kadar gaji yang rendah dipercayai merupakan antara faktor mengapa sebab ramai rakyat Malaysia bersikap memilih kerja.
“Pekerja tempatan tidak mahu menerima sesuatu pekerjaaan jika gajinya terlalu rendah.
“Anda tidak boleh minta rakyat Malaysia membandingkan gaji untuk mereka dengan yang diberi kepada warga asing yang bekerja di sini.”
Sehubungan itu, isu berkenaan katanya perlu diselesaikan segera.
Kula berkata demikian kepada media semasa sambutan Hari Wesak di Kuil Buddha Mekprasit di Ipoh semalam, lapor Malaysiakini.
Sebelum ini, Kula dilapor media berkata kementeriannya akan menangani masalah kekurangan pekerja tempatan sehingga memaksa Malaysia bergantung pada pekerja asing.
Beliau memberi jaminan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) akan memberi keutamaan kepada pekerja tempatan berbanding pekerja asing.
Justeru, semua perjanjian kerajaan terdahulu termasuk melibatkan pengambilan 1.5 juta pekerja asing dari Bangladesh akan disemak semula.
“Kita akan benarkan pekerja asing untuk masuk bekerja tetapi ia akan berdasarkan keperluan.
“Keutamaan akan tetap diberikan kepada pekerja kita dahulu, Kita utamakan rakyat Malaysia dahulu, yang lain, kedua,” katanya minggu lalu. #sumber
Demikianlah Artikel M Kula: Kadar "Gaji Yang Rendah" Faktor "Rakyat Malaysia" Memilih Kerja
Sekianlah artikel M Kula: Kadar "Gaji Yang Rendah" Faktor "Rakyat Malaysia" Memilih Kerja kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel M Kula: Kadar "Gaji Yang Rendah" Faktor "Rakyat Malaysia" Memilih Kerja dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/05/m-kula-kadar-gaji-yang-rendah-faktor.html
0 Response to "M Kula: Kadar "Gaji Yang Rendah" Faktor "Rakyat Malaysia" Memilih Kerja"
Catat Ulasan