Loading...
Judul : Muhyiddin: Rakyat Johor Di Minta "Bersabar" Dengan Kerajaan Baru
link : Muhyiddin: Rakyat Johor Di Minta "Bersabar" Dengan Kerajaan Baru
Muhyiddin: Rakyat Johor Di Minta "Bersabar" Dengan Kerajaan Baru
PUTRAJAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Johor Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan rakyat di negeri itu supaya bersabar dengan pentadbiran kerajaan baru di Johor.
Ia ekoran terdapat 'rungutan' daripada akar umbi HARAPAN yang tidak berpuas hati dengan pelantikan Datuk Osman Sapian sebagai Menteri Besar yang baru.
"Saya cuma nak minta supaya mereka bersabar kerana ini pentadbiran baru negeri. Menteri Besar pun baru, mesti ada sikap dia yang salah tetapi kita tidak boleh buat konklusi awal sehingga kita bagi dia (Osman) peluang dan masa. Bersabarlah.
"Rakyat harus nilai tindakan yang dijanjikan, bukan kenyataan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Selain itu, Muhyiddin yang juga presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sekali lagi menegaskan tiada lantikan melibatkan anggota UMNO dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Sebaliknya, jelasnya pemilihan Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar Johor atas lantikan Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri.
"Tak betul (lantik orang UMNO). Saya dah dapat taklimat dan setakat yang dimaklumkan, dia (Ketua Setiausaha Sulit) adalah Pegawai Tadbir, bukan orang politik.
"Elok teliti dulu (sebelum tuduh). Dia Pegawai Tadbir negeri dan ada hak untuk dilantik sebagai Ketua Setiausaha di Pejabat Menteri Besar," katanya lagi. #sumber
Demikianlah Artikel Muhyiddin: Rakyat Johor Di Minta "Bersabar" Dengan Kerajaan Baru
Sekianlah artikel Muhyiddin: Rakyat Johor Di Minta "Bersabar" Dengan Kerajaan Baru kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Muhyiddin: Rakyat Johor Di Minta "Bersabar" Dengan Kerajaan Baru dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/05/muhyiddin-rakyat-johor-di-minta.html
0 Response to "Muhyiddin: Rakyat Johor Di Minta "Bersabar" Dengan Kerajaan Baru"
Catat Ulasan