Loading...
Judul : Nasrudin Hassan: PAS Mahu Jadi Pembangkang Yang Konstruktif !
link : Nasrudin Hassan: PAS Mahu Jadi Pembangkang Yang Konstruktif !
Nasrudin Hassan: PAS Mahu Jadi Pembangkang Yang Konstruktif !
KUANTAN: Pas mahu memainkan peranan sebagai pembangkang yang konstruktif dalam memastikan perjuangan Islam terus dimartabatkan.
Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi berkata,
walaupun Pas berada di blok pembangkang, Pas selayaknya menjadi pembangkang yang konstruktif iaitu membina (bukan membangkang membabi buta).
Menurutnya, Pas juga berpolitik secara matang, berhemah dengan meletakkan kepentingan Islam dan ummah sebagai objektif utama setelah matlamat perjuangan ini ialah mendapatkan keredhaan ALLAH SWT.
“Demi kepentingan Islam yang menawarkan keadilan dan kesaksamaan kepada semua, Pas berani menyuarakan pendapat jika berdepan dengan betul atau salah sesuatu tindakan yang diambil kerajaan,” katanya ketika wawancara secara langsung di Facebook Sinar Harian, semalam.
Nasruddin berkata, walaupun Pas berdepan cemuhan pelbagai pihak terutama pada PRU14, namun ahli Pas memilih pendekatan secara damai.
Katanya, pemimpin Pas sudah diajar untuk tidak memberontak sebaliknya menjadi pendamai dalam sebarang situasi tegang.
“Pas berpegang pada prinsip untuk kekal menjadi pembangkang yang baik dan stabil dari setiap aspek dalam menjadikan Islam sebagai teras perjuangan.
“Kesatuan ummat Islam diutamakan agar meredakan pertelingkahan, mengelakkan perselisihan, merapatkan jurang dan bangkit menjadi ummat yang kuat dan tidak lagi diperkotak katik oleh musuh Islam dan bonekanya.
Katanya lagi, sepanjang turun padang bertemu rakyat, Pas menggunakan strategi 'memenangi hati' dan bukan bermusuh.
Nasruddin berkata, 'post mortem' akan dilakukan bagi mengenal pasti kelemahan dan mengukuhkan strategi dalam menghadapi PRU akan datang.
Dalam pada itu katanya, selepas PRU14, Nasruddin berkata, Pas akan terus berjuang sebagai persediaan menghadapi PRU15 walaupun hasrat membentuk kerajaan di Pahang tidak tercapai.
"Namun, kejayaan mengekalkan pemerintahan di Kelantan dan berjaya membentuk kerajaan di Terengganu adalah kejayaan membanggakan.
“Pas tidak akan berputus asa dan terus bekerja keras untuk memastikan kemenangan lebih besar dicapai pada PRU15,”katanya.
Pas merampas Terengganu daripada BN dengan majoriti mudah selepas memenangi lebih separuh daripada kerusi 32 kerusi Dun.
Pada PRU14 lalu, di peringkat Parlimen secara keseluruhan Pas memperoleh 18 kerusi. #sumber
Demikianlah Artikel Nasrudin Hassan: PAS Mahu Jadi Pembangkang Yang Konstruktif !
Sekianlah artikel Nasrudin Hassan: PAS Mahu Jadi Pembangkang Yang Konstruktif ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Nasrudin Hassan: PAS Mahu Jadi Pembangkang Yang Konstruktif ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/05/nasrudin-hassan-pas-mahu-jadi.html
0 Response to "Nasrudin Hassan: PAS Mahu Jadi Pembangkang Yang Konstruktif !"
Catat Ulasan