Loading...

Nik Abduh: PAS Kini Menjadi Lebih Penting Dalam Blok Pembangkang

Loading...
Nik Abduh: PAS Kini Menjadi Lebih Penting Dalam Blok Pembangkang - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nik Abduh: PAS Kini Menjadi Lebih Penting Dalam Blok Pembangkang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nik Abduh: PAS Kini Menjadi Lebih Penting Dalam Blok Pembangkang
link : Nik Abduh: PAS Kini Menjadi Lebih Penting Dalam Blok Pembangkang

Baca juga


Nik Abduh: PAS Kini Menjadi Lebih Penting Dalam Blok Pembangkang


KOTA BHARU: Salah seorang pemimpin kanan PAS berkata parti itu akan menjadi lebih penting dalam blok pembangkang di negara ini hasil kejayaan dilakar mereka dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 baru-baru ini.

Menurut Nik Abduh Nik Abdul Aziz, dengan "bertahan" di Dewan Rakyat dengan 18 kerusi, pencapaian itu adalah kekuataan yang diiktiraf.

Katanya ia mewakili 7.5 peratus daripada 20 peratus sasaran PAS.

"Bertahan di parlimen dengan 18 kerusi adalah kekuatan yang diiktiraf.

"PAS akan menjadi lebih penting di blok pembangkang. Ia mewakili 7.5 peratus daripada 20 peratus sasaran PAS," katanya.

Menurut Nik Abduh lagi jumlah 18 kerusi parlimen yang dimenangi parti itu dalam PRU lalu adalah besar dan tidak pernah diraih parti terbabit kecuali ketika mereka bergabung dengan parti-parti lain.

"Kali ini dengan hanya gabungan parti-parti kecil dalam Gagasan Sejahtera (GAGASAN), PAS mendapat lonjakan yang signifikan, apatah jika diambil kira bahawa PAS tampil dengan wajah lebih muda dengan kepimpinan baru selepas krisis 2015," kata Nik Abduh dalam kenyataan dimuat naik di Facebooknya.

Untuk rekod Nik Abduh ialah anggota Jawatankuasa Pusat PAS yang mendapat undi tertinggi dalam pemilihan parti itu di Alor Setar, Kedah pada tahun lalu.

Dapat semula kerusi

Untuk rekod juga secara keseluruhan PAS meletakkan beberapa sasaran semasa menyertai PRU ke-14, daripada 40 kerusi Dewan Rakyat untuk menjadi king maker hingga 112 kerusi untuk mendapat majoriti mudah.

Bagaimanapun hasil PRU ke-14 menunjukkan parti itu hanya mendapat 18 kerusi parlimen. Secara keseluruhan Dewan Rakyat mempunyai 222 kerusi.

Di peringkat dewan undangan negeri (DUN) pula PAS memperoleh 90 kerusi dengan sebahagian besar tertumpu di Kelantan dan Terengganu, selain Kedah dan Pahang.

Bagaimanapun prestasi PAS sangat buruk di beberapa negeri lain. Di Selangor misalnya, PAS kini hanya mempunyai seorang wakil.

Menurut Nik Abduh PAS menyasarkan untuk menguasai tiga negeri utama iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah.

"PAS juga menyasarkan untuk menawan Pahang dan Perlis dan meletakkan keduanya sebagai sasaran sukar.

"Hasilnya PAS menang cemerlang di dua negeri iaitu Kelantan dan Terengganu, manakala di Kedah, PAS hampir menguasai kembali negeri yang pernah ditadbirnya itu dengan memperolehi jumlah kerusi DUN yang banyak," katanya.

Mengenai kedudukan di Dewan Rakyat Nik Abduh berkata 18 kerusi yang dimenanginya itu kurang daripada 21 kerusi yang dicatatkan semasa PRU ke-13 lalu.

"Tetapi PAS memperolehi semula tambahan lima kerusi (daripada 13 kerusi) selepas lapan anggota parlimen PAS keluar dan melompat ke parti-parti politik lain semasa krisis dalaman melanda PAS beberapa tahun lepas," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Nik Abduh: PAS Kini Menjadi Lebih Penting Dalam Blok Pembangkang

Sekianlah artikel Nik Abduh: PAS Kini Menjadi Lebih Penting Dalam Blok Pembangkang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nik Abduh: PAS Kini Menjadi Lebih Penting Dalam Blok Pembangkang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/05/nik-abduh-pas-kini-menjadi-lebih.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Nik Abduh: PAS Kini Menjadi Lebih Penting Dalam Blok Pembangkang"

Catat Ulasan

Loading...