Loading...

Panas: Benarkah "Undi Silang" Jadi Punca BN Maran Hilang Dua Kerusi DUN ?

Loading...
Panas: Benarkah "Undi Silang" Jadi Punca BN Maran Hilang Dua Kerusi DUN ? - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Panas: Benarkah "Undi Silang" Jadi Punca BN Maran Hilang Dua Kerusi DUN ?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Panas: Benarkah "Undi Silang" Jadi Punca BN Maran Hilang Dua Kerusi DUN ?
link : Panas: Benarkah "Undi Silang" Jadi Punca BN Maran Hilang Dua Kerusi DUN ?

Baca juga


Panas: Benarkah "Undi Silang" Jadi Punca BN Maran Hilang Dua Kerusi DUN ?


MARAN: Selepas tewas di dua kerusi DUN dalam Parlimen Maran pada PRU14 baru-baru ini. kini isu "undi silang" menjadi buah mulut ahli-ahli akar umbi UMNO di sini. Soalnya, benarkah perkara itu berlaku atau memang gelombang perubahan yang berlaku di seluruh negara tempias ke kawasan ini. 

Isu undi silang sedang hangat dipercebatkan oleh ahli-ahli akar umbi UMNO Maran sekarang ini.  Malah, ia dipercayai dilakukan atas arahan pihak berkepentingan dalam parti itu sendiri katanya. Ia jelas menjadi sebab utama DUN Chenor dan DUN Luit berjaya di rampas oleh PAS. 

Kedua-dua DUN tersebut adalah kubu kuat UMNO bahagian ini sejak turun temurun. Kekalahan di kedua-dua DUN itu cukup memeritkan, tambahan pula BN masih lagi membentuk kerajaan di Pahang.

Pada PRU14 lalu, calon BN bagi DUN Luit, Nurhidayah Mohamad Shahaimi tewas ditangan calon PAS, Mohd Sofian Abd Jalil dengan majoriti 272 undi. Sofian ialah adik kepada bekas ADUN Luit tiga penggal dan Exco Kerajaan Negeri Pahang, Dato' Munawar Abd Jalil. 

Pada PRU13, Nurhidayah hanya menang dengan majorit 401 undi. Namun ketika itu jumlah pemilih berdaftar ialah 11,206 orang. Namun PRU14 jumlah pemilih berdaftar meningkat kepada 12,284 orang. DUN Luit melibarkan dua buah tanah rancangan Felda iaitu Bukit Tajau dan Kg.New Zealand, yang merupakan kubu kuat BN selama ini. 

Peningkatan ini tidak sepatutnya BN tewas. Namun, undi silang dipercayai menjadi punca. Rata-rata sumber mendakwa ada arahan parlimen pangkah BN dan DUN undi PAS. Ini menyebabkan DUN Luit menjadi mangsa.

Begitu juga di DUN Chenor, calon BN Datuk Mohamed Arifin Awang Ismail tewas ditangan calon PAS, Mujibur Rahman Ishak dengan majoriti 514 undi. Pada PRU13 lalu, Ariffin menang di DUN itu menewaskan calon PAS, Hasenan Harun dengan majoriti 2,309 undi.

Jumlah pemilih berdaftar pada PRU13 ialah 14,413 orang, manakala PRU14 meningkat kepada 15,392 orang. Ini menunjukkan tidak sepatutnya BN tewas, tambahan pula DUN Chenor melibatkan empat buah kawasan tanah rancangan Felda yang menjadi kubu kuat BN sejak sekian lama iaitu Jengka 6, Jengka 7, Sungai Nerek dan Kampung Awah. 

Kekalahan di kedua-dua DUN ini tidak boleh diterima oleh pemimpin akar umbi dan mereka menganggap ada perbuatan khianat telah dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk memastikan misi politik mereka berjaya tanpa halangan.

Ketika ini, isu "undi silang" heboh diperdebatkan di media sosial. Ramai yang meluahkan pandangan masing-masing dan mengganggap tindakan bodoh itu telah menjatuhkan imej UMNO Bahagian Maran sendiri. 

Pemilihan bahagian yang semakin hampir, pasti ada perubahan besar dalam kempimpinan UMNO Maran tidak lama lagi. Apapun, benarkah "undi silang" menjadi faktor dua DUN yang menjadi kubu kuat BN itu tumbang pada PRU14 lalu?. #PDO


Demikianlah Artikel Panas: Benarkah "Undi Silang" Jadi Punca BN Maran Hilang Dua Kerusi DUN ?

Sekianlah artikel Panas: Benarkah "Undi Silang" Jadi Punca BN Maran Hilang Dua Kerusi DUN ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Panas: Benarkah "Undi Silang" Jadi Punca BN Maran Hilang Dua Kerusi DUN ? dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/05/panas-benarkah-undi-silang-jadi-punca.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Panas: Benarkah "Undi Silang" Jadi Punca BN Maran Hilang Dua Kerusi DUN ?"

Catat Ulasan

Loading...