Loading...

Peguam: Polis Terjumpa Peti Besi Berusia "20 Tahun" Di Kediaman Najib

Loading...
Peguam: Polis Terjumpa Peti Besi Berusia "20 Tahun" Di Kediaman Najib - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Peguam: Polis Terjumpa Peti Besi Berusia "20 Tahun" Di Kediaman Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peguam: Polis Terjumpa Peti Besi Berusia "20 Tahun" Di Kediaman Najib
link : Peguam: Polis Terjumpa Peti Besi Berusia "20 Tahun" Di Kediaman Najib

Baca juga


Peguam: Polis Terjumpa Peti Besi Berusia "20 Tahun" Di Kediaman Najib


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang berusaha untuk membuka sebuah peti besi berusia 20 tahun bagi membantu siasatan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut peguam kepada Najib, Datuk Harpal Singh Grewal peti besi itu tidak dapat dibuka oleh pihak polis kerana kunci peti besi yang ditemui di kediaman peribadi Najib itu telah hilang.

Beliau berkata peti besi berkenaan dijumpai pada 8.30 pagi tadi dan usaha untuk membuka peti besi masih berterusan sehingga kini.

"Kandungan di dalam peti besi itu masih tidak dapat dipastikan lagi...terdapat 50 sehingga 60 pegawai dan anggota yang tiba di kediaman mereka sejak semalam," katanya ketika ditemui pemberita selepas menziarahi Najib dan keluarga di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, di sini hari ini.

Terdahulu, pada 4.40 petang tadi sebuah trak PDRM telah keluar dari perkarangan rumah Najib dipercayai membawa keluar bahan bukti sambil diiringi sebuah kereta peronda dan dua buah motosikal polis.

Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor telah disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen daripada meninggalkan negara ini.

Selasa lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau menjangka pertuduhan akan dikenakan terhadap Najib susulan penyiasatan terhadap dakwaan bahawa bekas perdana menteri itu menyeleweng beratus juta dolar Amerika daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). #sumber


Demikianlah Artikel Peguam: Polis Terjumpa Peti Besi Berusia "20 Tahun" Di Kediaman Najib

Sekianlah artikel Peguam: Polis Terjumpa Peti Besi Berusia "20 Tahun" Di Kediaman Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Peguam: Polis Terjumpa Peti Besi Berusia "20 Tahun" Di Kediaman Najib dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/05/peguam-polis-terjumpa-peti-besi-berusia.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Peguam: Polis Terjumpa Peti Besi Berusia "20 Tahun" Di Kediaman Najib"

Catat Ulasan

Loading...