Loading...
Judul : Pelajar Lelaki Di Sambung Reman, Bantu Siasatan Kes Bunuh Rakan
link : Pelajar Lelaki Di Sambung Reman, Bantu Siasatan Kes Bunuh Rakan
Pelajar Lelaki Di Sambung Reman, Bantu Siasatan Kes Bunuh Rakan
PORT DICKSON: Tempoh tahanan reman seorang pelajar lelaki Kolej Vokasional Port Dickson yang disyaki menyebabkan kematian seorang penuntut perempuan pada minggu lalu dilanjutkan selama tujuh hari bermula esok.
Perintah sambung reman dikeluarkan oleh Majistret Siti Khariah Abdul Razak ke atas suspek berusia 19 tahun itu selepas permohonan dikemukakan oleh pihak polis.
Terdahulu, suspek direman tujuh hari bermula Jumaat lalu yang berakhir hari ini.
Sebelum ini melaporkan, mangsa, Nur Alya Damia Hairi, 19, (gambar kecil) yang belajar di Kolej Vokasional Port Dickson ditemui mati dengan kesan cekik pada leher di tepi jalan di Lorong 4, Taman PD Permata pada 24 Mei lalu.
Mayatnya ditemui oleh seorang lelaki yang membuang sampah di kawasan tersebut pada pukul 10.30 malam sebelum kejadian itu dimaklumkan kepada pihak polis.
Susulan kejadian itu, polis menahan suspek yang dipercayai bekas teman lelaki mangsa di Taman Selasih, berhampiran kolej tersebut. #sumber
Demikianlah Artikel Pelajar Lelaki Di Sambung Reman, Bantu Siasatan Kes Bunuh Rakan
Sekianlah artikel Pelajar Lelaki Di Sambung Reman, Bantu Siasatan Kes Bunuh Rakan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pelajar Lelaki Di Sambung Reman, Bantu Siasatan Kes Bunuh Rakan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/05/pelajar-lelaki-di-sambung-reman-bantu.html
0 Response to "Pelajar Lelaki Di Sambung Reman, Bantu Siasatan Kes Bunuh Rakan"
Catat Ulasan