Loading...
Judul : Pengerusi MCA Pahang, Hoh Khai Mun 'Tiada Hasrat' Letak Jawatan
link : Pengerusi MCA Pahang, Hoh Khai Mun 'Tiada Hasrat' Letak Jawatan
Pengerusi MCA Pahang, Hoh Khai Mun 'Tiada Hasrat' Letak Jawatan
Khai Mun berkata, beliau akan kekal memegang jawatan itu sehingga menemui individu yang benar-benar layak memegang jawatan tertinggi parti di peringkat negeri, seterusnya mampu membawa nafas baru kepada MCA.
Katanya, walaupun bertanggungjawab ke atas kekalahan MCA dalam PRU-14, tetapi ia tidak semestinya menyebabkan beliau meletak jawatan serta merta dan meninggalkan parti itu tanpa hala tuju yang jelas.
"Saya faham MCA Pahang tidak menunjukkan prestasi yang baik, tetapi saya mahu terus kekal dan menerajui parti di peringkat negeri. Saya akan melepaskan jawatan ini sekiranya menemui pengganti yang berwibawa.
"Apabila MCA Pahang sudah menemui pengganti (Pengerusi MCA Pahang) yang layak, saya sendiri berundur secara terhormat dan membiarkan pengganti saya untuk menjalankan tugas.
"Tetapi untuk masa ini banyak kerja perlu kita selesaikan termasuk menjalankan bedah siasat PRU-14 untuk kita kembalikan maruah parti," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
PRU-14 lalu menyaksikan MCA bertanding di tiga kerusi Parlimen dan lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang, namun hanya memenangi satu kerusi di DUN Cheka.
Pada PRU-13, MCA memenangi satu kerusi Parlimen dan dua kerusi DUN.
Khai Mun berkata, prestasi hambar yang ditunjukkan parti itu dalam pilihan raya kali ini bukan berpunca daripada pemilihan calon atau parti itu sendiri tetapi disebabkan 'Tsunami Rakyat'.
"Kita mesti bersedia dan bekerjasama untuk membawa parti ke hadapan serta melaksanakan beberapa perubahan.
"Kita mesti menerima hakikat dan mengkaji semula apa yang boleh MCA lakukan demi kelangsungan masyarakat Cina pada masa hadapan," katanya yang juga bekas ADUN Bilut selama empat penggal.
Ekoran kekalahan MCA pada PRU-14, Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Datuk Seri Lim Chin Fui mengambil keputusan meletak jawatan, manakala Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan tidak bertanding pada pemilihan parti akan datang.
Sementara itu, seorang ahli MCA negeri yang enggan dikenali memberitahu, memandangkan parti itu berikrar untuk terus bersama Barisan Nasional (BN) maka tampuk kepimpinan perlu mencari satu ramuan untuk mentransformasikan parti itu.
"Sebagai contoh MCA mengambil keputusan memperkenalkan lapan muka baharu untuk bertanding di kerusi DUN, namun hanya seorang sahaja menang, itu pun bukan orang muda.
"Presiden MCA (Datuk Seri Liow Tiong Lai) juga kalah di kerusi Parlimen Bentong yang dimenanginya sejak 1999, ada sesuatu yang tidak kena, pemimpin dan ahli parti perlu duduk berbincang," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Pengerusi MCA Pahang, Hoh Khai Mun 'Tiada Hasrat' Letak Jawatan
Sekianlah artikel Pengerusi MCA Pahang, Hoh Khai Mun 'Tiada Hasrat' Letak Jawatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pengerusi MCA Pahang, Hoh Khai Mun 'Tiada Hasrat' Letak Jawatan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/05/pengerusi-mca-pahang-hoh-khai-mun-tiada.html
0 Response to "Pengerusi MCA Pahang, Hoh Khai Mun 'Tiada Hasrat' Letak Jawatan"
Catat Ulasan