Loading...

Pengerusi: SPAD, Isa Samad Di Beri Seminggu Untuk Letak Jawatan

Loading...
Pengerusi: SPAD, Isa Samad Di Beri Seminggu Untuk Letak Jawatan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pengerusi: SPAD, Isa Samad Di Beri Seminggu Untuk Letak Jawatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengerusi: SPAD, Isa Samad Di Beri Seminggu Untuk Letak Jawatan
link : Pengerusi: SPAD, Isa Samad Di Beri Seminggu Untuk Letak Jawatan

Baca juga


Pengerusi: SPAD, Isa Samad Di Beri Seminggu Untuk Letak Jawatan


PUTRAJAYA: Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Mohd  Isa Abdul Samad diberi masa seminggu untuk meletak jawatan secara baik atau akan diberi surat penamatan kontrak susulan pengumuman pembubaran SPAD hari ini.

“Memalukan sesiapa itu bukanlah cara saya...jadi saya minta Isa letak jawatan,” kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke kepada  kepada pemberita selepas mesyuarat pascakabinet kementeriannya, di sini.


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir  Mohamad selepas mempengerusikan  mesyuarat pertama kabinet hari ini mengumumkan pembubaran SPAD dan peranannya akan dikembalikan kepada Kementerian Pengangkutan.

Mengulas pembubaran itu, Loke berkata ia  satu keputusan yang logik dan sepatutnya dibuat dari dulu.

“Memandangkan SPAD tertakluk di bawah Akta SPAD maka  undang-undang tersebut perlu dimansuhkan di Parlimen.  Sementara undang-undang belum dimansuhkan SPAD di bawah tanggungjawab Kementerian Pengangkutan,” katanya.

Beliau berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pengurusan SPAD esok bagi meneliti cara suruhanjaya itu boleh diintegrasikan ke dalam kementeriannya termasuk dari segi petugas dan penstrukturan.

Sementara itu, Loke turut meminta pengerusi dan semua lantikan politik  dalam pihak berkuasa  pelabuhan  iaitu Lembaga Pelabuhan Klang, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan Lembaga  Pelabuhan Johor meletak jawatan.

“Mereka tahu siapa mereka. Tidak perlu saya namakan seorang demi seorang. Bukan cara saya untuk memalukan orang,” katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Pengerusi: SPAD, Isa Samad Di Beri Seminggu Untuk Letak Jawatan

Sekianlah artikel Pengerusi: SPAD, Isa Samad Di Beri Seminggu Untuk Letak Jawatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pengerusi: SPAD, Isa Samad Di Beri Seminggu Untuk Letak Jawatan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/05/pengerusi-spad-isa-samad-di-beri.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pengerusi: SPAD, Isa Samad Di Beri Seminggu Untuk Letak Jawatan"

Catat Ulasan

Loading...