Loading...
Judul : Pengerusi Tetap PAS Kuantan, Husni Md Diah "Meninggal Dunia" Di Madinah
link : Pengerusi Tetap PAS Kuantan, Husni Md Diah "Meninggal Dunia" Di Madinah
Pengerusi Tetap PAS Kuantan, Husni Md Diah "Meninggal Dunia" Di Madinah
KUANTAN: Pengerusi Tetap PAS Kuantan, Husni Md Diah, 48, meninggal dunia di Madinah jam 3.o0 petang kelmarin. Allahyarham juga adalah wakil calon PAS, bagi kerusi Parlimen Kuantan pada PRU14 lalu.
Sementara itu, menurut laporan Sinar Harian, isteri beliau Radhiah Yusof berkata, dia dimaklumkan mengenai kematian suaminya kira-kira jam 11 malam semalam kerana gagal menghubungi waris.
Menurutnya, arwah suaminya merupakan Mutawwif yang membawa peserta umrah.
“Sebelum berangkat ke Madinah pada Selasa lalu, arwah ada mengadu pedih ulu hati, arwah tidak ada penyakit lain,” katanya.
“Sebelum itu, kira-kira jam 8 malam (waktu Malaysia) semalam, saya ada terima panggilan dan mesej daripada telefon arwah namun saya fikir suami tersilap hantar pesanan supaya hubunginya semula. Jadi saya abaikan.
“Bagaimanapun, pada jam 11 malam, jiran saya datang ke rumah maklumkan mengenai arwah kerana salah seorang peserta umrah adalah rakan jiran. Saya terus menghubungi travel agen terbabit untuk mengesahkan jenazah arwah,” katanya .
Radhiah berkata, berdasarkan maklumat yang diterima daripada travel agen, arwah suaminya mengalami sesak nafas dan muntah di bilik hotel sebelum di bawa ke hospital.
“Arwah disahkan meninggal pada jam 3 petang (waktu Madinah).
“Sebelum itu, pagi semalam, saya ada menghantar mesej melalui WhatApps kepada arwah tetapi tidak dibalas,” katanya.
Radhiah berkata, tiada perubahan ketara cuma arwah suaminya memberitahu kepada rakan-rakan bahawa mahu balik kampung.
“Arwah beritahu mahu balik kampung jauh.. apabila ditanya rakan-rakan semasa arwah mahu menunaikan umrah kali ini.
“Ini adalah kali kedua arwah bawa peserta umrah pada tahun ini, yang pertama adalah Februari lalu,” katanya.
Radhiah berkata, mereka sekeluarga reda menerima kematian arwah suaminya pada bulan dan tempat yang mulia.
“Pemergian arwah memang mengejutkan kami sekeluarga,” katanya.
Arwah selamat dikebumikan di Masjid Nabawi selepas subuh hari ini.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan enam cahaya mata berusia enam hingga 22 tahun. #sumber
Demikianlah Artikel Pengerusi Tetap PAS Kuantan, Husni Md Diah "Meninggal Dunia" Di Madinah
Sekianlah artikel Pengerusi Tetap PAS Kuantan, Husni Md Diah "Meninggal Dunia" Di Madinah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pengerusi Tetap PAS Kuantan, Husni Md Diah "Meninggal Dunia" Di Madinah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/05/pengerusi-tetap-pas-kuantan-husni-md.html
0 Response to "Pengerusi Tetap PAS Kuantan, Husni Md Diah "Meninggal Dunia" Di Madinah"
Catat Ulasan