Loading...
Judul : Penyokong "Gesa" Chuan Leekpai Contohi Kejayaan Tun Dr Mahathir
link : Penyokong "Gesa" Chuan Leekpai Contohi Kejayaan Tun Dr Mahathir
Penyokong "Gesa" Chuan Leekpai Contohi Kejayaan Tun Dr Mahathir
BANGKOK: Kejayaan luar biasa Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai pembangkang untuk mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) baru-baru ini memberi semangat kepada para penyokong bekas perdana menteri Thailand Chuan Leekpai untuk melihat pemimpin pujaan mereka itu melakar kejayaan serupa.
Teruja dengan peristiwa bersejarah yang berlaku di negara jiran itu, sekutu dan penyokong pemimpin berusia 79 tahun berkenaan, membuat desakan agar Chuan dipilih sebagai calon parti Demokrat untuk menjadi perdana menteri melalui pilihan raya umum negara ini pada Februari tahun depan.
Mereka mahu, Chuan, yang kini menjadi penasihat kepada parti terbesar di Thailand itu, mengikut langkah perdana menteri baharu Malaysia, Dr Mahathir, 92, untuk kembali ke arena politik bagi membantu mereka menamatkan pentadbiran kerajaan tentera di bawah pimpinan Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha yang kini berusia empat tahun.
"Saya percaya banyak orang akan menyokong beliau (Chuan), tapi setakat ini, Chuan membayangkan bahawa beliau tidak berminat. Bagaimanapun, perkara itu boleh berubah pada masa akan datang," kata pemimpin parti Demokrat Abhisit Vejaviva, yang pernah menjadi perdana menteri Thailand.
Bercakap kepada wartawan tempatan di sini baru-baru ini, beliau berkata Chuan, yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya Julai ini, mendapat sokongan besar pengundi kerana kebanyakan rakyat menghormati dan mempercayai beliau. #sumber
Demikianlah Artikel Penyokong "Gesa" Chuan Leekpai Contohi Kejayaan Tun Dr Mahathir
Sekianlah artikel Penyokong "Gesa" Chuan Leekpai Contohi Kejayaan Tun Dr Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Penyokong "Gesa" Chuan Leekpai Contohi Kejayaan Tun Dr Mahathir dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/05/penyokong-gesa-chuan-leekpai-contohi.html
0 Response to "Penyokong "Gesa" Chuan Leekpai Contohi Kejayaan Tun Dr Mahathir"
Catat Ulasan