Loading...
Judul : Perdana Menteri Setuju Pasukan Khas Bagi Siasat 1MDB Di Bentuk
link : Perdana Menteri Setuju Pasukan Khas Bagi Siasat 1MDB Di Bentuk
Perdana Menteri Setuju Pasukan Khas Bagi Siasat 1MDB Di Bentuk
KUALA LUMPUR: Satu Pasukan Khas Siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dibentuk bagi menjalankan siasatan terperinci berkaitan kes syarikat pembangunan strategik itu, kata Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu pasukan khas ini akan diketuai bersama bekas Peguam Negara Tan Sri Gani Patail, bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed, bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman Datuk Abdul Hamid Bador dan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu dilantik Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.
"Perdana Menteri telah bersetuju untuk membentuk satu Pasukan Khas 1MDB bagi menjalankan siasatan terperinci pengesanan dan rampasan aset serta pendakwaan terhadap individu yang melakukan apa-apa kesalahan jenayah dalam pengurusan 1MDB," kata kenyataan itu.
Keanggotaan pasukan ini akan terdiri daripada anggota SPRM, Jabatan Peguam Negara, Polis DiRaja Malaysia, Bank Negara Malaysia dan beberapa orang peguam yang mempunyai kepakaran dalam perkara berkaitan, kata kenyataan itu lagi.
Pejabat Perdana Menteri menjelaskan bahawa pasukan ini akan bertanggungjawab dalam keseluruhan aspek penyelarasan siasatan, pengesanan kewangan dan perolehan aset yang berpunca dari salah laku dan penyelewengan dana 1MDB yang tersimpan atau dilaburkan di dalam dan luar negara.
Pasukan ini juga bertanggungjawab untuk mendapatkan kerjasama dengan pelbagai agensi penguatkuasaan Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, Kanada dan negara-negara lain yang berkaitan, kata kenyataan itu.
Kerajaan berharap penubuhan pasukan khas ini dengan penglibatan pelbagai agensi penguatkuasaan akan berupaya mengembalikan maruah negara yang tercemar di samping mengembalikan wang dan aset rakyat Malaysia berikutan skandal kleptokrasi hasil salah laku dan penyelewengan dana 1MDB, tegas kenyataan itu. #sumber
Demikianlah Artikel Perdana Menteri Setuju Pasukan Khas Bagi Siasat 1MDB Di Bentuk
Sekianlah artikel Perdana Menteri Setuju Pasukan Khas Bagi Siasat 1MDB Di Bentuk kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Perdana Menteri Setuju Pasukan Khas Bagi Siasat 1MDB Di Bentuk dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/05/perdana-menteri-setuju-pasukan-khas.html

0 Response to "Perdana Menteri Setuju Pasukan Khas Bagi Siasat 1MDB Di Bentuk"
Catat Ulasan