Loading...

Petisyen Pro-Maszlee Malik Capai Lebih 80,000 Jumlah Tandatangan

Loading...
Petisyen Pro-Maszlee Malik Capai Lebih 80,000 Jumlah Tandatangan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Petisyen Pro-Maszlee Malik Capai Lebih 80,000 Jumlah Tandatangan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Petisyen Pro-Maszlee Malik Capai Lebih 80,000 Jumlah Tandatangan
link : Petisyen Pro-Maszlee Malik Capai Lebih 80,000 Jumlah Tandatangan

Baca juga


Petisyen Pro-Maszlee Malik Capai Lebih 80,000 Jumlah Tandatangan


PETALING JAYA: Penyokong bekas ahli akademik, Maszlee Malik memulakan satu petisyen atas talian untuk menyokong pelantikannya sebagai menteri pendidikan, susulan bantahan beberapa aktivis yang mengaitkannya dengan golongan Islam radikal.

“Pengalaman luasnya dalam bidang akademik dan kepimpinan dalam NGO…diikuti minat dalam inisiatif pembinaan negara, mari himpun sokongan kita untuk Dr Maszlee mengetuai Kementerian Pendidikan kita,” menurut petisyen di change.org.

Lebih 80,000 tandatangan dikumpul setakat 2 petang tadi, lebih separuh daripada sasaran 150,000 tandatangan.

“Dengan pembaharuan dalam pendidikan memacu agenda utamanya, lelaki ini merancang perubahan dalam pendidikan yang kita semua nantikan,” kata petisyen bertajuk “Sokong Dr Maszlee Malik sebagai menteri pendidikan”.

Perbincangan berhubung kesesuaian pelantikan Maszlee untuk jawatan itu timbul, sejak pengumuman Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Jumaat lepas.

Pengkritik mempersoalkan pendirian Maszlee mempertahankan pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik atas dasar kebebasan bersuara. Zakir dikehendaki di India berhubung dakwaan pengubahan wang dan ekstremisme.

Tetapi, aktivis Islam terkenal, Datuk Dr Ahmad Farouk Musa yang pernah aktif dalam Forum Profesional Muslim yang turut dianggotai Maszlee berkata, tidak patut wujud dwistandard dalam mempertahankan kebebasan bersuara.

“Jika berhujah mengenai langkah mempertahankan Zakir Naik kerana kebebasan bersuara, maka ini juga menghendaki beliau memberi kebebasan sama kepada pengikut Syiah,” kata Farouk merujuk tentangan Maszlee terhadap Syiah disebabkan kecenderungannya kepada fahaman Salafi.

“Tidak boleh ada dwistandard dalam mengamalkan hak kebebasan bersuara.”

Maszlee, 44, menyertai PPBM Mac lepas dan memenangi kerusi Parlimen Simpang Renggam di Johor dalam pilihan raya 9 Mei lalu.

Bekas pensyarah perundangan Islam di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu dinamakan menteri pendidikan, selepas Dr Mahathir melepaskan portfolio itu akibat kritikan beberapa pihak.

Dr Mahathir berkata, beliau akan akur kepada janji Pakatan Harapan yang perdana menteri tidak akan memegang portfolio lain.

Satu petisyen atas talian mendesak Dr Mahathir kembali ke jawatan itu mendapat lebih 73,000 tandatangan setakat 2 petang tadi. #sumber


Demikianlah Artikel Petisyen Pro-Maszlee Malik Capai Lebih 80,000 Jumlah Tandatangan

Sekianlah artikel Petisyen Pro-Maszlee Malik Capai Lebih 80,000 Jumlah Tandatangan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Petisyen Pro-Maszlee Malik Capai Lebih 80,000 Jumlah Tandatangan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/05/petisyen-pro-maszlee-malik-capai-lebih.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Petisyen Pro-Maszlee Malik Capai Lebih 80,000 Jumlah Tandatangan"

Catat Ulasan

Loading...