Loading...
Judul : Syed Faiz "Ajak Anak Muda" Sertai Kelab Komuniti DUN Peramu Jaya
link : Syed Faiz "Ajak Anak Muda" Sertai Kelab Komuniti DUN Peramu Jaya
Syed Faiz "Ajak Anak Muda" Sertai Kelab Komuniti DUN Peramu Jaya
PEKAN: Presiden Kelab Komuniti DUN Peramu Jaya (KDPJ), Dato' Syed Mohammad Faiz Azemmant mempelawa anak-anak muda menyertai NGO tersebut.
KDPJ katanya berhasrat untuk mengaktifkan komuniti dalam memberi kesedaran dan kefahaman mengenai peranan dan tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh pemimpin-pemimpin masyarakat di semua peringkat dari kampung, mukim hingga ke daerah termasuk pentadbiran kerajaan dalam memberi perkhidmatan yang berkualiti terhadap komuniti KDPJ disamping memberi sokongan kepada apa jua bantuan yang diharapkan komuniti dari Pihak Berkuasa Yang Berwajib.
"Saya mengalu-alukan penglibatan semua pihak dalam memberikan cadangan atau menyuarakan pendapat terbaik tentang apa-apa permasalahan yang membelenggu penduduk sesuatu tempat dalam mencari penyelesaian. Ini kerana kita secara bersendirian tidak mungkin mampu untuk menangani isu-isu yang dihadapi, tetapi jika melalui saluran KDPJ ini dan berganding bahu selaku penggerak, saya yakin dan percaya kita mempunyai kekuatan untuk menarik perhatian dan mendesak Pihak Berkuasa Yang Berwajib menyelesaikan isu-isu yang berbangkit", kata beliau.
Difahamkan, KDPJ telah didaftarkan dibawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dan bahawa nombor pendaftarannya ialah PPM-015-06-18052018 mengikut Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984 atas semangat perpaduan bagi meningkat, mendorong, memberi kemudahan serta menjalankan usaha-usaha pembangunan ekonomi dan sosial secara teratur tertumpu dikalangan ahli KDPJ sekaligus memainkan peranan dalam memantau, melaporkan dan memberi maklum balas berkaitan isu-isu yang melibatkan kepentingan komuniti di DUN Peramu Jaya kepada Pihak Berkuasa Yang Berwajib.
Menurutnya, melalui jalinan perkongsian bijak dan strategi bersama komuniti, menjadi ejen pemudah cara, mata dan telinga kepada kerajaan, ia merupakan satu daripada kaedah pelaksanaan yang cukup berkesan kepada komitmen untuk menggalakkan kelangsungan hidup dan kesejahteraan sosial ahli KDPJ.
"Saya menyeru kepada semua tanpa mengira peringkat umur, ideologi politik dan latar belakang untuk menyambut baik usaha KDPJ yang berusaha merangka kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan, Agensi Kerajaan, Badan NGO dan Swasta untuk menyokong ke peringkat akar umbi dengan mengambil peluang yang ada untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang KDPJ anjurkan seperti pendidikan, ekonomi, kebudayaan, pembentukan akhlak dan moral, sosial serta kebajikan," katanya.
Beliau turut berharap semua pihak dapat memanfaatkan apa jua program dan aktiviti yang dijalankan oleh KDPJ bagi membawa kesejahteraan keluarga dan komuniti ke arah yang lebih baik dimasa akan datang.
Tambah beliau lagi, kerjasama yang erat ini penting bagi merealisasikan matlamat KDPJ dan diharapkan semoga usaha murni ini membuahkan hasil sepertimana yang dihasratkan.
Beliau turut menegaskan, idea mewujudkan laman Kelab Komuniti DUN Peramu Jaya, Pekan (KDPJ) adalah untuk bersama-sama berdiri, bergerak, seiring selangkah dengan hasrat mendampingi penduduk dalam agenda pemerkasaan komuniti.
"Saya mewakili Ahli Jawatan Kuasa dan seluruh Warga KDPJ ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa 2018 hari ke-10 khususnya kepada komuniti yang beragama islam.", tambah Dato' Syed Mohammad Faiz Azemmant. #PDO
Demikianlah Artikel Syed Faiz "Ajak Anak Muda" Sertai Kelab Komuniti DUN Peramu Jaya
Sekianlah artikel Syed Faiz "Ajak Anak Muda" Sertai Kelab Komuniti DUN Peramu Jaya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Syed Faiz "Ajak Anak Muda" Sertai Kelab Komuniti DUN Peramu Jaya dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/05/syed-faiz-ajak-anak-muda-sertai-kelab.html
0 Response to "Syed Faiz "Ajak Anak Muda" Sertai Kelab Komuniti DUN Peramu Jaya"
Catat Ulasan